Friday, March 18, 2011

SAYANGKAH ANDA?

Akhir-akhir nie asyik terkenang dan teringat-ingat. Agaknye berapa banyak dosa yang saya dah wat dan terpaksa ditanggung oleh arwah ayah. Macam mana beliau di Alam Barzakh sana. Adakah hidup dalam kenikmatan atau dalam kesengsaraa? Banyakkah dosa-dosa yang ayah kena tanggung dari 3 orang anak perempuan ayah dan juga isteri ayah? Tak termasuk lagi dengan dosa-dosa yang ayah terpaksa tanggung sendiri.


< MY LOVELY FATHER >

Hmmmm…

Bila ayah dah takde, secara automatic abang-abang dan adik laki pulak kena tanggung dosa emak dan 2 orang lagi adik-beradik perempuan yang belum kahwin. Termasuk dari diri mereka sendiri. Kak long dah takde dalam list, coz abang long yang kena pikul amanah tue.

< MY BROTHERS >

            Tapi bila fikir-fikir balik, berapa besar kasih sayang saya terhadap ayah, abang-abang dan adik lelaki saya. Kalau betul saya sayang mereka, tentu saya akan berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Biar dosa yang mereka tanggung hanya dari diri mereka sahaja. Tapi sampai sekarang saya masih lemah dan tak mampu untuk melakukannya lagi. Ade keinginan tapi adakalanya terbatas. 

Entry kali nie bukannya ape. Juz sebagai peringatan buat kaum ADAM dan HAWA. Adakah anda tau bahawa:

  •   ADAM
              i.            Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

            ii.            Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

          iii.            Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

           iv.            Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

             v.            Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

     vi.            Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.


  •   HAWA
              i.            Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

            ii.            Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

          iii.            Saksinya kurang berbanding lelaki.

           iv.            Menerima pusaka kurang dari lelaki.

             v.            Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

           vi.            Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

         vii.            Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

       viii.            Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


PERBEZAAN ADAM DAN HAWA
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya-ALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

So, dapat lihat di sinikan. Wanita amat senang untuk masuk syurga berbanding lelaki. Jadi, kalau anda sayangkan ahli keluarga anda yang lelaki terutamanya ayah anda, suami, adik-beradik lelaki dan anak lelaki anda. Tentu anda mahukan mereka semua bersama-sama menemani anda di dalam syurga bukan? Tentu anda juga tidak mahu mereka menerima azab dan seksa di atas perkara yang tidak mereka lakukan, bukan? Saya rasa anda tau sendirikan jawapannya. Semoga kita suma dapat melakukan perubahan demi insan-insan yang kita SAYANG. Insya-Allah.

Wassalam.



p/s: Perubahan haruslah dengan niat kerana Allah... namun demikian, ada kalanya pemangkin di perlukan sebagai motivasi... (^_^)