Saturday, December 11, 2010

N....Z

N is for Nuh
Peace be upon him, a Prophet who was very good,
Allah told him to build an ark, fast as he could,
Take pairs of animals and the believers-all,
The flood was coming and the waves would be tall!

O is for Obedience
It is the duty of each Muslim to obey,
The Qur'an and the Sunnah all the way,
Go for Hajj, give Zakah, fast, and pray,
And to your parents do not say, "Nay!"

P is for Prayer
It is the cornerstone of Muslim life,
And the devil it cuts like a knife,
Prayer five times a day is a must,
In Allah you should put your trust.

Q is for Qur'an
A blessing and guide for all of mankind,
In it Allah's message you will find,
Of all His messages it is the last,
Perfect for present, future, and past.

R is for Ramadan
For Muslims this blessed month of fasting,
Is to celebrate Allah's love everlasting,
All day, no food, nor drink, nor evil deeds,
Pray and read Qur'an, to heaven this leads.

S is for Surah
One hundred and fourteen in the Qur'an,
Read them and trust in Al-Rahman,
Do you know ten of them that you can say?
Knowing them will help you pray.

T is for Tawheed
La ilaaha illallah, Allah is the only one,
There is no partner with Him, nor son,
Allah is the answer to all that we need,
Watch your heart and tongue, He knows every deed.

U is for Ummah
The Muslim community which Muhammad (S) found,
The brotherhood of Islam made it sound,
Allah's laws in the Qur'an and Sunnah,
Are to help everyone in the Ummah.

V is for Victory
It is the help from Allah to you,
His guidance in everything you do,
Work and prayer a Muslim does need,
To celebrate Allah's victory, indeed!

W is for Wudhu'
We must keep our minds and bodies clean,
Because by Allah we are always seen,
Whenever you hear the call of athan,
Prepare and come pray as soon as you can.

X is for ......
X is not easy for us to rhyme,
So we'll not waste much of your time,
In higher math X is hard to find,
But Allah's path is clear even to the blind.

Y is for Yunus
Peace be upon him, a good man in a wicked town,
He ran to the sea and a whale gobbled him down
By the mercy of Allah he was saved to tell,
His people to become good and obey Allah well.

Z is for Zero-sin
It is the way we each begin,
Free from wordly sin,
So, don't let yourself forget,
Keep out of the devil's threat.

Friday, December 10, 2010

A .... M


A is for Allah
Lord of the Universe, who is One,
He made the earth, stars, and sun,
He made angels to worship and pray,
He made man from a dab of clay.

B is for Bilal
Bilal is that tall, brave African man,
Islam freed him and gave him iman,
Calling the Muslims to come and pray,
Was his duty each night and day.


C is for Children
Black, white, red, yellow, and brown,
Better than the jewels in a crown,
Laughing or crying, short or tall,
Allah loves children, one and all.

D is for Du'a
Remembering Allah all nights and days,
By giving Him our thanks and praise
Thank Allah with "Al-Hamdulillah"
And praise Him with "Subhanallah."


E is for Earth
With its mountains, rivers, and seas,
Animals, birds, fruits, and trees,
They all declare Allah's Might,
Following His laws, wills, and light.

F is for Faith
That which the Muslims call Iman,
Is in the heart of the believing man,
Will come from his lip and hand,
Love for Allah pouring out like sand.

G is for Gabriel
An angel (called Jibraeel in Islam) created by Allah from light,
His duty is to serve Allah all day and night,
To Prophet Muhammad (S) he did appear,
To bring mankind the Holy Qur'an so dear.

H is for Heaven
God's garden of joy, peace, and love,
The home for Muslim's souls above,
The path to this heavenly place,
Is faith in Allah's guidance and grace.


I is for Islam
A way of life for all of who,
Give to Allah the praise that is due,
We worship and pray five times a day,
Because we know it is the best way.

J is for Jesus
Peace be upon him, 'Isa, the son of Maryam,
To his people Allah's word did he carry
By Allah's help he made the sick well,
So people would believe what he had to tell.


K is for Ka'bah
First house of Allah in Makkah was made,
By Ibrahim and Isma'il the stones were laid
Millions of believers from every race,
Come for Hajj tot his extra special place.

L is for Life
A precious gift from Allah to you,
Don't waste it, he knows what you do
Don't chase pleasure or forget Allah,
No matter how little, say "Al-Hamdulillah.


M is for Muhammad
Peace be upon him, Abdullah's son,
From Allah's enemies he did not run
Of all the Prophets he was the last,
Islam his message which we hold fast.

Wednesday, December 8, 2010

BERKATA BENAR...

"...Berkata Benarlah Walaupun Pahit..."

Hurm, mesti de yg tertanye2 nape tetiba post entry nie...
Actually senanye jiwa tgh kacau...
Tak tau la...
Banyak sgt benda yg dipendam...
tak tau nak luahkan kat sape & mcm mne...

Hari nie juz nak bincang pasal pepatah kat atas...
Memg betul la kate pepatah tue...
Tapi pada saya tak semua benda kita boleh bagi tau kebenarannya...
*it just my opinion
Kadangkala ade sesuatu yg perlu kita sembunyikan...
Jika ianye akan lebih membawa keburukan dari kebaikan...
Contohnye untuk menjaga hati dan perasaan orang lain...
Untuk mengelakkan dari perkara2 yg tidak menggembirakan...
Memg ade kala pahit tuk di telan...
Namun demikian kita terpaksa melakukannye...
Pada pendapat anda mane yg lebih penting...
Dahulukan hati & perasaan kita...
or Dahulukan hati & perasaan org lain???...

Sanggup tak andai kata kalau anda semua bercakap benar,,,
Ia akan merenggangkan lagi hubungan anda dgn mereka...
Terputusnya ikatan ukhwah di antara anda semua...
atau Ianya akan membuatkan anda menyesal tak sudah...
Teringat seorang shabat pernah cakap...
Mane yg anda pilih...
Mencari penyelesaian kesan tindakan kita???...
atau Jangan buat tindakan sebelum jadi sesuatu???...
Hurrmmmm

p/s: Setiap org mempunyai sebab tersendiri kenapa mereka terpaksa melakukan sesuatu yang tak sepatutnye atau tidak pernah mereka lakukan sebelum ini... Jadi sentiasalah berfikiran positif di atas setiap tindakan org lain...


<*> lagu nie dipilih ade sebbnye



Tuesday, December 7, 2010

WANITA...


  1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  1. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  1. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  1. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
  1. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
  1. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  1. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
  1. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.
  1. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
  1. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

  1. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  1. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  1. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  1.  Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  1. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
  1. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  1. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  1. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
  1. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  1. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

  1. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
  1. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
  1. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  1. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  1. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  1. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  1. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  1. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  1. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
  1. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  1. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

p/s: I like dis entry ^_^

Monday, December 6, 2010

10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK


  • Tidak mengambil sarapan pagi. Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

  • Terlebih makanIa akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

  • PerokokAsap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

  • Penggunaan gula yang berlebihanPengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


  • Pencemaran udaraOtak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

  • Terlebih tidurTidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

  • Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

  • Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihatBekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

  • Kurang berimiginasiBerfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

  • Jarang berfikirJarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


p/s: SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU 1432H... Semoga tahun baru ini kita dapat memulakan lembaran baru di dalam hidup... Buang yang keruh dan ambillah yang jernih... Semoga tahun ini lebih baek dari tahun sebelumnya =)

Saturday, December 4, 2010

SEHELAI KERTAS....

Hayatilah...............

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata suami.

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

“Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata,

"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...



p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam

"HAKIKATNYA ORANG-ORANG YANG MENYAYANGI DIRI KITA KERANA KELEBIHAN KITA DAN MENERIMA SEGALA KELEMAHAN KITA, SUDAH PASTILAH ORANG INI ADALAH SANGAT IKHLAS MENYAYANGI DIRI KITA... INSYA ALLAH."

Friday, December 3, 2010

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

          Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama." 


MAKA, INILAH BALASANNYA,



p/s: Bersama-samlah kita menjaga SOLAT dan AMAL IBADAH kita seharian. Semoga kita tergolong di dalam golongan mereka yang beramal SOLEH.