Aiman mengambil briefcasenya. Satu,
satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah
yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “Eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “Hah, sampai pun
kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi
lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “Kenapa along?”
“Aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang
Syahirah yang telah pun berair mata. “Ta..tapi kenapa?” “Kenapa kau tanya? Kau
tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik
aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?” herdik Syahir. Sebak
Aiman dengar. “Along tak boleh buat macam ni..” “Apa tak bolehnya! Tak akan kau
nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah
berubah rupanya hampeh je.” “Along, kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang
tadi berair mata membela Aiman. “Kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik
dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “Saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “Hoi,
Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!”
Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat
sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia
nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“Abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “Saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman
jatuh juga. Mata di pejam. “Abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman
yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu
hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam
je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya.
Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button
hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan
di talian itu. “Awak...” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak…” “Sampai..
sampai hati abang..” Aiman senyap. “Saya buat macam ni agar awak senang…” “Tak
ada istilah senang kalau saya kena tinggalkan abang sorang-sorang lalui
kepayahan.” “Awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara
lagi. “Abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “Abang,tolong
lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air
matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang
menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “Abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya
bersalah sangat ni..” “Sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya
Allah….
“Abang, cuba tengok kertas yang saya
tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja. “Cuba abang baca..”
Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap
hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah
engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
Aiman
beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “Sayang.. abang betul-betul tak kuat..”
Buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “Abang, tolonglah. Saya
nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “Tapi abang tak kuat nak
berhadapan dengan along dan semua orang.” “Abang, along hanya insan biasa.
Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “Istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak
berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai
Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu
ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu
ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut
jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “Waalaikumsalam,
eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “Baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “Ohh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini.
Tak balik?” Aiman senyum. “Tenang duduk dekat masjid ni.” “Dari Subuh tadi? Dah
nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “Hmm,dia balik
kampung.” “Ohh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini
dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka
surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan
keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun
perit,
Air mata yg menitis terasa bernilai
buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat
dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu
Aiman. Ya Allah…
Telah dua hari dia tidak berjumpa
dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak
mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula
berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya.
Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi
dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas
beberapa minit.
Syarikat
abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah
ada projek yang masuk. – Aiman
Solat
Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa
dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman
senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon
ayah mertuanya, Haji Amran. “Waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“Abi,saya… saya..” Tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu
buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik.
Bersabar ya Aiman.” “Terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di
matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya
agak moden kerana seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala
pada email versi video itu. “Kamu hayati dan kamu renung2kan lah.” Kesian abi
tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat
melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami. Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat
Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“Abang, please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang
terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “Shhh, abang dah datang ni. Jangan
nangis lagi ya.” Mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang
abi dan uminya. “Jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “Terima kasih abi,
umi..” Sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya
ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “Kami balik dulu abi, umi.”
Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “Waalaikumsalam.”
“Saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka
dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu
senyum. “Saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil
Aiman. “Ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam
sekejap. “Thanks.” “Thanks untuk apa?” “Sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “Bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati
abang.” “Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..”
kata Aiman. Syahirah senyum. “Saya hanya pengantara je. Semua itu telah
tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“Thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “Untuk apa pula?” “Settlekan
bil-bil syarikat tu..” “Kita suami isteri kene saling membantu.” “Mana Ira
dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan
barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi, umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini.