Sudah dua hari Aiman di pondok agama
itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau
yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah
dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “Awak
sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak
call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari
tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.
“Haa, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang
pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “Saya tahu, saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” Air mata Syahirah
mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar
esakkan. “Awak nangis ke?” Diam lagi. “Awak, saya…” Syahirah memintas. “Tak
apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “Abang sihat tak?” “Alhamdulillah
sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk,” pesan
Syahirah. “Baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “Lagi…?” “Err..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “Next…?” “Kalau
terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajud..” Aiman hanya mengangguk. “Lagi..?”
“Selalu beristigfar.” “Okay. Lagi?” “Ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“Alright, next?” “Sentiasa berselawat.” “Okay.” “Abang ni last.” “Apa dia tu?”
soal Aiman lembut. “Doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap
sekejap. “Sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman
isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret
bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka
bersalaman. “Assalammualaikum, awak”, sapa Aiman. “Waalaikumsalam, abang”, nada
ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang
hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak
perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang. Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “Err,,awak pandang apa?”
Syahirah tersentak. “Eh, tak.. abang nampak lain.” “Apa yang lain?” Aiman
memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “Ohh..” jawab
Aiman dan menarik kopiahnya. “Jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu.
Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur.
Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu
kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah
rasa selesa dan tenang.
“Abang nah..” lembut Syahirah
menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “Thanks.” “Abang, nak
tahu tak?”, dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “Hmmm?”
Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan
banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “Ada sinetron baru tau.”
Berkerut dahi Aiman. “Oh, apa benda tu?” “Apalah abang ni. Itu cerita drama
bersiri Indonesia. Tajuknya ‘Cinta Fitri’.” “Ohh..” Gelas di letak di atas
meja. “Kenapa dengan cerita tu?” “Best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “Apa yang best?”
“Lagu!” Ek.. “Oh.. jalan cerita tak best?” sungguh, ini baru pertama kali dalam
hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “Best jugak, tapi sedih.”
“Kenapa?” “Entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu?” “Lagu apa?” “Tajuknya ‘Cinta
Kita’ nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar.” Syahirah mengambil mp3nya di
almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.
“Haa, nah..” dia menghulurkan earphone
pada Aiman. “Hmm, awak ambil satu,” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi
pada isterinya. “Err..kita dengar sesama.” Teragap-gagap Aiman. “Ok.”, ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin
membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “Saya
baru download tadi.” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak
pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.
Ini
cintaku apa adanya
Yang
ingin selalu di sampingmu,
Ku
tahu semua tiada yg sempurna,
Di
bawah kolong langit ini,
“Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “Hmmm.”
Jalan
kita masih panjang,
Ku
ingin kau selalu disini,
Biar
cinta kita tumbuh harum mewangi,
Dan
dunia menjadi saksinya,
Untuk
apa kita membuang-buang waktu,
Dengan
kata kata perpisahan.
Kedua-dua
mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan
tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu.
Demi
cinta kita aku akan menjaga,
Cinta
kita yg telah kita bina,
Walau
hari terus berganti hari lagi,
Cinta
kita abadi selamanya…
Aiman tersentak apabila terdengar azan.
Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur.
“Eeerr, awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “Awak…bangun. Dah azan
Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “Abang saya ABC la. Abang
solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “Awak, dah Asar. Kalau
nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi
Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “Ohh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “Abang…” Langkah Aiman mati. Dia
menoleh. “Doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan. “Sure.”
“Abang,saya nak cari buku masak..”
Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia
beli dan Syahirah beli tadi. “Nanti jumpa abang dekat kaunterlah.” Kata
Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan
pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir
Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “Ada boleh
saya bantu encik?” “Hmmm, ada tafsir tak? Hmm…tafsir Al-Quran?” Mmaaf encik tiada
stok.” Aiman senyum paksa. “Okay, thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba, Syahirah datang. “Abang tak
beli apa-apa?” “Tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku
itu pada Aiman. “Tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “Okay.” Aiman membayar
buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku
itu berbisik. “Wah, romantiknya mereka!” “Tahu tak apa. Untungkan wanita itu
dapat suami yang punyalah handsome dan baik!” “Mana kau tahu baik?” “Tadi dia
nak beli tafsir Al-Quran.” “Ohh…memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “Sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan” “Superb! Romantic!” “Kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang
jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik.” (an-Nur’:26) “Betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang
tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja
yang perlu di lakukan. “Abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “Kenapa?”
“Nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“Birthday saya rasanya belum lagi..” “Abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya
sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman
membuka balutan itu. “SubhanaALLAH, tafsir Al-Quran.” Terasa macam nak mengalir
air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu’. Aiman turn
off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai
berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah
sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu
di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu
melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran
itu. Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan
iman itu sungguh manis.
“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami
Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “Kamu dengar
tak ni? Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat
kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.” Dato Rahimi memandang
sinis anaknya. “Bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah...” “Dah! Abah tak
tahu kamu buat macam mana. Abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “Abah, saya tak da duit banyak
tu.” “Abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari
pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman
menjawab. “Waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “Err,
kenapa along?” “Kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak
tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
2 comments:
wah kak hanis ape suspen cite ni ?
ish3
suspen ke?...hehehehe....akk dh abskn dh pun...bce smpi abs ea (^_^)
Post a Comment