Assalammualaikum…
Maaf buat sahabat yang menantikan entry terbaru kerana sudah lama menyepi. Bukan niat di hati untuk tidak mengupdate blog lagi. Kalau boleh memang nak selalu update. Tapi disebabkan oleh kekangan masa dan idea membataskan segalanya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga idea untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. Semua apa yang saya cuba sampaikan dapat anda fikirkan dan cuba mengambil pelajaran daripada. Insya-Allah (^_^).
Sebenarnya,,, COUPLE NI BOLEH KE? Anda rasa?
Hmmmm…,
Jika dilihat dunia hari ini, ramai di kalangan remaja sudah pandai bermain cinta. Sampai budak sekolah rendah pun dah pandai nak berpakwe-pakwe/mempunyai balak @ boyfriend; dan berawek-awek/ mempunyai girlfriend. Salah ke nak ade boyfriend or girlfriend (kawan lelaki/kawan perempuan)?. Tak salah, tapi kenalah pandai-pandai menjaga batas pergaulan dalam berkawan. Tapi yang jadi lainnya bila perkataan boyfriend/girlfriend ditambah dengan perkataan ‘SPECIAL’ didepannya. Saya percaya itu sudah lebih dari seorang kawan. Memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Namun demikian, pergaulan perlu dijaga dan dibatasi.
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
Ade yang kononnya couple dengan cara Islamik. Bercouple dengan niat baik kononnya dan cuba sedaya upaya mengawal perhubungan mereka agar tidak menghampiri zina. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Memang betul niat mereka baik, saling nasihat-menasihati. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq.
Cuba teliti ayat ni:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
Kalau anda faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku ialah, syaitan telah buat anda pandang indah benda buruk yang anda lakukan. Walaupun anda berpandangan tajam dan berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anda baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anda terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anda sms dengan ‘dia’, anda ingat Allah aje. Mesti ada masanya anda hanya melayan perasaan dengan ‘dia’, kan?
Andai anda kata tidak selalu jumpa dengan dia untuk mengelakkan zina, sebenarnya sudah berapa banyakkah anda dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anda janji taknak call ‘dia’, anda dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anda tak dapat elak apabila bercouple.
Apakah dia?
Sudah tentunya adalah zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita; Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, bercouple tetap tak dapat lari daripada zina hati.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Saya tertarik dengan beberapa potong ayat yang dititipkan oleh seorang ibu kepada anaknya yang bercouple semasa membaca sebuah artikel. Terutama sekali ayat pada perenggan terakhir pesanan ibu tersebut.
"I haven't found any entry in Islam that permits what you are doing right now. I haven't heard from anyone that loves before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family comes from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Sebenarnya cinta tak pernah membawa kita ke mana. Andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Andai ada jodoh anda berdua, Insya-Allah, Dia akan temukan anda dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Semoga anda dapat memikirkan apa yang terbaik buat diri anda. Apa yang terbaik buat diri anda, hanya anda yang boleh tentukan. Ingatlah! Dalam apa jua yang kita lakukan, carilah REDHA ALLAH. Tanpa redha Allah, segalanya tidak akan memberi apa-apa.
Semoga apa yang cuba saya sampaikan hari ini juga turut menjadi peringatan buat saya. Semoga kita semua saling berpesan-pesan kearah kebaikan dan tinggalkan segala apa yang boleh melalaikan dan membawa kealpaan. Insya-Allah mudah-mudahan.
Wasalam.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..
seindah manapun gubahan pertama tu,
selagi tak mendapat keredahaanNya,
tetap tiada gunanya..
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..
0 comments:
Post a Comment