Monday, May 16, 2011

SEKOLAH? GURU? 16 MEI?


Hari ini?...
16 MEI…
Hari Isnin…
Kenapa dengan hari ini?...

          Anda semua tahu tak apa yang ada pada 16 Mei, setiap tahun. Tak tahu? Hmmmm… Ala, masa zaman sekolah dulu tarikh nie la yang ditunggu murid-murid untuk bawa hadiah dan kad. Bukan apa? Nak bagi kat guru kesayangan mereka. Siap ada yang berlawan siapa yang mempunyai hadiah paling besar sekali buat guru mereka. Tapi,,,, kenapa pada 16 Mei je meraka nak bagi hadiah? Tak boleh ke bagi lain? Bukan tak boleh. Cuma 16 Mei nie istimewa sikit. Kenapa? Sebab 16 Mei adalah HARI GURU.



          Sebenarnya entry kali ini nak mengimbas kembali zaman sekolah dulu dan guru-guru yang pernah mengajar saya. Tengah cuba listkan berapa ramai guru yang saya masih ingat namanya. Rindunya zaman sekolah dulu. Kalau boleh rasa nak putarkan balik masa. Bestnya zaman kanak-kanak (hehehehe).

            Pertama kali merasai alam tadika masa umurr 5 tahun dekat Tabika Islam Kampung Batu Muda. Kat sini la tempat masa mula-mula belajar membaca dan mengira selama dua tahun. Suka sangat pergi tadika coz excited nak rasa pengalaman sekolah. Percaya tak kalau saya cakap masa tadika dulu hanya hari pertama je mak saya temankan. Hari kedua mak dah tak tunggu macam beberapa pelajar lain. Alhamdulillah, cepat sungguh saya menyesuaikan diri kat sini (hehehe…). Masa rehat adalah masa yang paling di tunggu-tunggu terutama sekali bila hari dapat makan nasi lemak. Sedappppp. Walaupun tak ingat nama makcik yang selalu sediakan makanan untuk minum pagi kami, tapi saya cuma tau dia mak kepada Rokiah, jiran belakang rumah. Cikgu yang saya ingat cuma Cikgu Yati je, yang lain dah lupa (maaf). Kenapa hanya ingat Cikgu Yati je? Agaknya sebab manja dengan cikgu tue kot.

          Mula masuk sekolah rendah pun, dekat Sekolah Rendah Agama Al-Ehsan, Ampat Tin. Di dalam kawasan flat askar. Masa umur 5 tahun juga, tadika. Merupakan murid yang paling muda masa tue kat SRA Al-Ehsan sebab kemasukan sebenarnya untuk yang dah berumur 6 tahun. So kiranya saya belajar dengan orang yang setahun lebih tua dari saya. Sampaikan ada yang tersalah anggap kononnya saya budak lompat kelas (saya takde la pandai sangat untuk lompat kelas…lagipun sekolah agama mana ada PTS…huhuhu) dan berjaya habiskan Darjah Enam lebih awal. Semua ustazah suruh masuk Darjah Enam  sekali lagi coz nak saya ulang ambil Sijil Darjah Enam (SDE), tapi saya tolak. Konon nak tumpu kat UPSR. Lagipun tak lah teruk sangat result. Cuma kurang dua markah je untuk dapat Pangkat Satu. Alhamdulillah, bersyukur dan redha je dengan keputusan tersebut. Guru yang saya ingat sampai sekarang Ustazah Mahani, guru mengaji Al-Quran setiap kali habis waktu belajar; Guru Akhlak yang comel, Ustaz Hamidah; Guru Besar yang digeruni a.k.a Guru Tajwid yang sedap suaranya, Ustazah Suzana; Ustaz yang lucu, Ustaz Afendi; Ustazah Rokiah, Ustazah Najihah, Ustazah Noriah dan Ustazah Asiah. Alamak, ada juga beberapa orang guru yang saya lupa (teruk sungguh daya ingatan…huhuhuhu).

< lencana SK (2) Batu Empat >

            Masa masuk Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan (2) Batu Empat, Jalan Ipoh; umur saya sama dengan yang lain, 7 tahun. Bukan special case macam kat SRA Al-Ehsan. Yang pastinya masa kat SK (2) Batu Empat nie la saya agak banyak main. Kebiasaannya sampai-sampai sekolah dah main kejar-kejar, cop tiang, zero point, Polis Entry dan macam-macam lagi. Kerja gila yang pernah buat masa kelas malam Darjah Enam. Berjalan sekeliling sekolah waktu malam walaupun tahu sekolah tue keras. Terlalu berani sangat nak tau ape yang kerasnya. Padan muka ngan diri sendiri coz jumpa juga benda yang nak sangat tengok. Nasib baik tak lari lintang pukang (fuhhh!!!!). Pencapaian UPSR pun not bad, 4A 1B. Semuanya berkat kesabaran cikgu-cikgu yang mengajar. Sampai sekarang masih ingat, setiap hari kena buat satu karangan (penat tangan menulis dan kepala mencari idea…hmmm) oleh Guru Bahasa Malaysia, Cikgu Norman (cikgu yang paling rapat); selesaikan 40 soalan Matematik sehari yang diberikan oleh Guru Matematik, Cikgu Bahaudin (kadang-kadang sampai 100 soalan…waa~); Guru Agama Islam, Ustazah Roslina dan Ustazah Habsah (ustazah yang nak jadikan saya anak angkat masa Darjah Satu ^_^); Guru Bahasa Inggeris (subjek yang paling tak disukai masa dulu), Puan Subra dan Puan Thilagawathy; Guru Besar, Cik Hajjah Jamilah Othman (satu-satunya cikgu yang ingat nama penuh); Guru Sains, Puan Nik Aznita; Guru Muzik, Puan Zaida, Puan Fadzilah, Cik Irene dan Cikgu Peter; Cikgu Kamal, Puan Faridah; Puan Idayu dan Puan Rokiah. Ramai sebenarnya cikgu dekat sini, tapi dah lupa nama (ramai sangat… huhuhuhu).

 
< pintu masuk SMAKL...rindunya > 

            Naik Tingkatan Satu rasa bangga pulak dapat Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Mana taknya, sekolah budak-budak pandai (walaupun sebenarnya takde la pandai sangat). Hanya yang dapat 4A dan 5A waktu UPSR saja yang boleh masuk. Tambahan lagi masa tue merupakan orang pertama dalam keluarga yang dapat masuk asrama. Tapi, kat sekolah nie juga ada beberapa tragedi yang rasanya tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Sangat pedih. Nak tau apa dye? Hmmmm,,,rasanya tak perlu kot cerita kat sini. Guru yang sangat, sangat, sangat rapat adalah Guru Bahasa Melayu a.k.a ketua warden asrama, Cikgu Azian. Selalu pergi rumah cikgu nie. Masak-masak, makan-makan, main dengan dua orang budak comel dan kiut, Auni dan Nursya. Kadang-kadang tidur kat rumah cikgu nie, tak balik bilik pun (special case kan…hahahaha…dayah dan faten mesti ingat punya). Guru Bahasa Arab, Ustazah Salmi, Ustaz Azahari,  Ustaz Abdul Aziz; Guru Penolong Kanan yang baik hati, Ustaz Kamarul Arifin, Guru Besar yang bertimbang rasa (serius tak ingat nama…huhuhuhu), Guru Pendidikan Syariah Islamiah yang cool, Ustaz Abdoh; Guru Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Ustaz Sani dan Ustazah Azizah; Guru Biologi yang kiut lagi comel, Puan Salmiza; Guru Geografi yang penyayang, Puan Rosnah; Guru Fizik yang lembut, Puan Fatin Zuhra; Guru Sejarah yang sempoi, Encik Hisham; Guru Matematik Tambahan, Puan Fadzlin dan Puan Fazilawati; Puan Maryamah dan seluruh guru SMAKL (waaa~ rasa sangat sedih bila lupa nama cikgu-cikgu yang pernah mengajar…sob3~).

< selalu sangat lalu depan KMM =) >
  
            Habis sahaja SPM, dapat pula tawaran masuk Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Antara matrikulasi yang tertua di Malaysia. Walaupun hanya setahun je belajar di sini, tapi sangat seronok dapat ramai kawan yang sekepala (miss bella and yus so much!). Ramai yang cakap belajar kat matrik susah, tak boleh nak ketchup, ramai yang keluar lepas satu semester  dan macam-macam lagi. Susah ke? Hmmm,,, takde la susah mana, cuma silibus tersangat banyak satu semester. Satu subjek kadang-kadang sampai 16 topik. Tapi kalau rajin usaha semua perkara tersebut takkan jadide, tak kisah la walau kat mana sekali kita belajar, kalau tak bersungguh macam mana nk berjaya. Dekat matrik nie hanya guru yang mengajar saya je yang saya kenal dan ingat. Antaranya Guru Fizik, Encik Fariq dan Encik Razali;  Guru Kimia (ingat rupa tapi lupa nama), Guru Matematik, Cik Sariah dan Puan Ezrin (guru yang rapat dengan praktikum kami); Guru Pengajian Islam, Ustazah Zaharah; dan English’s Teacher, Miss Shaikah.

            Habis je matrik baru la saya menjejakkan kaki ke bumi UniKL MICET. Walaupun yang mengajar sekarang adalah pensyarah, tapi mereka juga seorang guru. Jadi, mereka juga layak meraikan 16 Mei. Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan HAPPY TEACHERS DAY kepada semua guru-guru di Malaysia terutama sekali guru-guru yang pernah mengajar saya di:

Tabika Islam Kampung Batu Muda
SRA Al-Ehsan, Ampat Tin
SRK (2) Batu Empat, Jalan Ipoh
SMAKL @ SMKAKL
KMM
UniKL MICET

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang mengajar saya sehingga saya menjadi insan yang berguna seperti hari ini. Halalkanlah segala ilmu yang pernah dicurahkan kepada anak didikmu ini. Doakanlah kejayaan kami semua di dunia dan akhirat. Really miss all of you. Bila la agaknya kita boleh berjumpa lagi terutama sekali Cikgu Azian. At the same time, tak sabar nak tunggu reunion Kelas 6 Jaya 2001 seperti yang dijanjikan oleh Cikgu Norman. Perjumpaan semula selepas 10 tahun. Hope masa tue nanti dapat turun KL dan join semua. Wahhh, tak sabarnya nak tunggu.



* Disebabkan sekarang tengah mood sempena Hari Guru, saya gantikan dengan lagu dari Inteam - Guruku… tuk ambil fell sempena Hari Guru

* Bagi yang minat kat lagu Sigma - Istikharah Cinta, jangan risau…saya akan letak semula lagu tersebut dua tiga hari lagi =)

1 comments:

The Pestilence said...

As salam alaikum...

Saya pun dulu SRA Al Ehsan & SRK (2) Bt 4... tapi sesi 1986-1992... sy pun start SRA masa umur 5 tahun.. huhu