Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.
Takrif Puasa
Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap.
Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang
perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat puasa.
Kelebihan dan Keutamaan Ramadhan
1. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! , dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
2. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Sabda Rasulullah:
“ Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk (kasturi).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.”
(Riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim)
6. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
“Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.”
(Riwayat al‐Baihaqi)
7. Daripada Abi Sa`id:
“Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.”
(Riwayat al‐Nasa`ie)
8. Daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
“Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.”
(Riwayat Ibn Mandah)
Jadi , apa yang anda tunggu lagi? Marilah sama-sama kita memperbanyakkan segala amalan kita ketika bulan Ramadhan. Semoga segala apa yang telah dijanjikan oleh ALLAH akan kita perolehi dan semoga buku amalan kita penuh dengan catitan kebaikan semata-mata. Insya-ALLAH, amiin.
1 comments:
thanx hanis, good info!
Post a Comment