Monday, May 16, 2011

SEKOLAH? GURU? 16 MEI?


Hari ini?...
16 MEI…
Hari Isnin…
Kenapa dengan hari ini?...

          Anda semua tahu tak apa yang ada pada 16 Mei, setiap tahun. Tak tahu? Hmmmm… Ala, masa zaman sekolah dulu tarikh nie la yang ditunggu murid-murid untuk bawa hadiah dan kad. Bukan apa? Nak bagi kat guru kesayangan mereka. Siap ada yang berlawan siapa yang mempunyai hadiah paling besar sekali buat guru mereka. Tapi,,,, kenapa pada 16 Mei je meraka nak bagi hadiah? Tak boleh ke bagi lain? Bukan tak boleh. Cuma 16 Mei nie istimewa sikit. Kenapa? Sebab 16 Mei adalah HARI GURU.



          Sebenarnya entry kali ini nak mengimbas kembali zaman sekolah dulu dan guru-guru yang pernah mengajar saya. Tengah cuba listkan berapa ramai guru yang saya masih ingat namanya. Rindunya zaman sekolah dulu. Kalau boleh rasa nak putarkan balik masa. Bestnya zaman kanak-kanak (hehehehe).

            Pertama kali merasai alam tadika masa umurr 5 tahun dekat Tabika Islam Kampung Batu Muda. Kat sini la tempat masa mula-mula belajar membaca dan mengira selama dua tahun. Suka sangat pergi tadika coz excited nak rasa pengalaman sekolah. Percaya tak kalau saya cakap masa tadika dulu hanya hari pertama je mak saya temankan. Hari kedua mak dah tak tunggu macam beberapa pelajar lain. Alhamdulillah, cepat sungguh saya menyesuaikan diri kat sini (hehehe…). Masa rehat adalah masa yang paling di tunggu-tunggu terutama sekali bila hari dapat makan nasi lemak. Sedappppp. Walaupun tak ingat nama makcik yang selalu sediakan makanan untuk minum pagi kami, tapi saya cuma tau dia mak kepada Rokiah, jiran belakang rumah. Cikgu yang saya ingat cuma Cikgu Yati je, yang lain dah lupa (maaf). Kenapa hanya ingat Cikgu Yati je? Agaknya sebab manja dengan cikgu tue kot.

          Mula masuk sekolah rendah pun, dekat Sekolah Rendah Agama Al-Ehsan, Ampat Tin. Di dalam kawasan flat askar. Masa umur 5 tahun juga, tadika. Merupakan murid yang paling muda masa tue kat SRA Al-Ehsan sebab kemasukan sebenarnya untuk yang dah berumur 6 tahun. So kiranya saya belajar dengan orang yang setahun lebih tua dari saya. Sampaikan ada yang tersalah anggap kononnya saya budak lompat kelas (saya takde la pandai sangat untuk lompat kelas…lagipun sekolah agama mana ada PTS…huhuhu) dan berjaya habiskan Darjah Enam lebih awal. Semua ustazah suruh masuk Darjah Enam  sekali lagi coz nak saya ulang ambil Sijil Darjah Enam (SDE), tapi saya tolak. Konon nak tumpu kat UPSR. Lagipun tak lah teruk sangat result. Cuma kurang dua markah je untuk dapat Pangkat Satu. Alhamdulillah, bersyukur dan redha je dengan keputusan tersebut. Guru yang saya ingat sampai sekarang Ustazah Mahani, guru mengaji Al-Quran setiap kali habis waktu belajar; Guru Akhlak yang comel, Ustaz Hamidah; Guru Besar yang digeruni a.k.a Guru Tajwid yang sedap suaranya, Ustazah Suzana; Ustaz yang lucu, Ustaz Afendi; Ustazah Rokiah, Ustazah Najihah, Ustazah Noriah dan Ustazah Asiah. Alamak, ada juga beberapa orang guru yang saya lupa (teruk sungguh daya ingatan…huhuhuhu).

< lencana SK (2) Batu Empat >

            Masa masuk Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan (2) Batu Empat, Jalan Ipoh; umur saya sama dengan yang lain, 7 tahun. Bukan special case macam kat SRA Al-Ehsan. Yang pastinya masa kat SK (2) Batu Empat nie la saya agak banyak main. Kebiasaannya sampai-sampai sekolah dah main kejar-kejar, cop tiang, zero point, Polis Entry dan macam-macam lagi. Kerja gila yang pernah buat masa kelas malam Darjah Enam. Berjalan sekeliling sekolah waktu malam walaupun tahu sekolah tue keras. Terlalu berani sangat nak tau ape yang kerasnya. Padan muka ngan diri sendiri coz jumpa juga benda yang nak sangat tengok. Nasib baik tak lari lintang pukang (fuhhh!!!!). Pencapaian UPSR pun not bad, 4A 1B. Semuanya berkat kesabaran cikgu-cikgu yang mengajar. Sampai sekarang masih ingat, setiap hari kena buat satu karangan (penat tangan menulis dan kepala mencari idea…hmmm) oleh Guru Bahasa Malaysia, Cikgu Norman (cikgu yang paling rapat); selesaikan 40 soalan Matematik sehari yang diberikan oleh Guru Matematik, Cikgu Bahaudin (kadang-kadang sampai 100 soalan…waa~); Guru Agama Islam, Ustazah Roslina dan Ustazah Habsah (ustazah yang nak jadikan saya anak angkat masa Darjah Satu ^_^); Guru Bahasa Inggeris (subjek yang paling tak disukai masa dulu), Puan Subra dan Puan Thilagawathy; Guru Besar, Cik Hajjah Jamilah Othman (satu-satunya cikgu yang ingat nama penuh); Guru Sains, Puan Nik Aznita; Guru Muzik, Puan Zaida, Puan Fadzilah, Cik Irene dan Cikgu Peter; Cikgu Kamal, Puan Faridah; Puan Idayu dan Puan Rokiah. Ramai sebenarnya cikgu dekat sini, tapi dah lupa nama (ramai sangat… huhuhuhu).

 
< pintu masuk SMAKL...rindunya > 

            Naik Tingkatan Satu rasa bangga pulak dapat Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Mana taknya, sekolah budak-budak pandai (walaupun sebenarnya takde la pandai sangat). Hanya yang dapat 4A dan 5A waktu UPSR saja yang boleh masuk. Tambahan lagi masa tue merupakan orang pertama dalam keluarga yang dapat masuk asrama. Tapi, kat sekolah nie juga ada beberapa tragedi yang rasanya tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Sangat pedih. Nak tau apa dye? Hmmmm,,,rasanya tak perlu kot cerita kat sini. Guru yang sangat, sangat, sangat rapat adalah Guru Bahasa Melayu a.k.a ketua warden asrama, Cikgu Azian. Selalu pergi rumah cikgu nie. Masak-masak, makan-makan, main dengan dua orang budak comel dan kiut, Auni dan Nursya. Kadang-kadang tidur kat rumah cikgu nie, tak balik bilik pun (special case kan…hahahaha…dayah dan faten mesti ingat punya). Guru Bahasa Arab, Ustazah Salmi, Ustaz Azahari,  Ustaz Abdul Aziz; Guru Penolong Kanan yang baik hati, Ustaz Kamarul Arifin, Guru Besar yang bertimbang rasa (serius tak ingat nama…huhuhuhu), Guru Pendidikan Syariah Islamiah yang cool, Ustaz Abdoh; Guru Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Ustaz Sani dan Ustazah Azizah; Guru Biologi yang kiut lagi comel, Puan Salmiza; Guru Geografi yang penyayang, Puan Rosnah; Guru Fizik yang lembut, Puan Fatin Zuhra; Guru Sejarah yang sempoi, Encik Hisham; Guru Matematik Tambahan, Puan Fadzlin dan Puan Fazilawati; Puan Maryamah dan seluruh guru SMAKL (waaa~ rasa sangat sedih bila lupa nama cikgu-cikgu yang pernah mengajar…sob3~).

< selalu sangat lalu depan KMM =) >
  
            Habis sahaja SPM, dapat pula tawaran masuk Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Antara matrikulasi yang tertua di Malaysia. Walaupun hanya setahun je belajar di sini, tapi sangat seronok dapat ramai kawan yang sekepala (miss bella and yus so much!). Ramai yang cakap belajar kat matrik susah, tak boleh nak ketchup, ramai yang keluar lepas satu semester  dan macam-macam lagi. Susah ke? Hmmm,,, takde la susah mana, cuma silibus tersangat banyak satu semester. Satu subjek kadang-kadang sampai 16 topik. Tapi kalau rajin usaha semua perkara tersebut takkan jadide, tak kisah la walau kat mana sekali kita belajar, kalau tak bersungguh macam mana nk berjaya. Dekat matrik nie hanya guru yang mengajar saya je yang saya kenal dan ingat. Antaranya Guru Fizik, Encik Fariq dan Encik Razali;  Guru Kimia (ingat rupa tapi lupa nama), Guru Matematik, Cik Sariah dan Puan Ezrin (guru yang rapat dengan praktikum kami); Guru Pengajian Islam, Ustazah Zaharah; dan English’s Teacher, Miss Shaikah.

            Habis je matrik baru la saya menjejakkan kaki ke bumi UniKL MICET. Walaupun yang mengajar sekarang adalah pensyarah, tapi mereka juga seorang guru. Jadi, mereka juga layak meraikan 16 Mei. Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan HAPPY TEACHERS DAY kepada semua guru-guru di Malaysia terutama sekali guru-guru yang pernah mengajar saya di:

Tabika Islam Kampung Batu Muda
SRA Al-Ehsan, Ampat Tin
SRK (2) Batu Empat, Jalan Ipoh
SMAKL @ SMKAKL
KMM
UniKL MICET

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang mengajar saya sehingga saya menjadi insan yang berguna seperti hari ini. Halalkanlah segala ilmu yang pernah dicurahkan kepada anak didikmu ini. Doakanlah kejayaan kami semua di dunia dan akhirat. Really miss all of you. Bila la agaknya kita boleh berjumpa lagi terutama sekali Cikgu Azian. At the same time, tak sabar nak tunggu reunion Kelas 6 Jaya 2001 seperti yang dijanjikan oleh Cikgu Norman. Perjumpaan semula selepas 10 tahun. Hope masa tue nanti dapat turun KL dan join semua. Wahhh, tak sabarnya nak tunggu.



* Disebabkan sekarang tengah mood sempena Hari Guru, saya gantikan dengan lagu dari Inteam - Guruku… tuk ambil fell sempena Hari Guru

* Bagi yang minat kat lagu Sigma - Istikharah Cinta, jangan risau…saya akan letak semula lagu tersebut dua tiga hari lagi =)

Saturday, May 14, 2011

NASI LEMAK = GEMUK???

Lately kecoh dengan isu murid-murid sekolah menjadi obesiti or gemuk di sebabkan oleh NASI LEMAK. Hmmmmm, betul ke?. Rasa macam salah je. Pagi tadi masa tengah search direktori MARDI, tiba-tiba hati tertarik untuk membaca artikel “SANTAN.... O..... SANTAN, DARI MANA ASAL MU KALAU TIDAK DARI KELAPA” yang disediakan oleh Kamariah Long. Salah tanggapan mengenai nasi lemak yang mengandungi santan, yang kononnya menjadi penyumbang kepada faktor kegemukan kanak-kanak sekolah telah dirungkaikan.



Santan kelapa  selalu dikatakan mengandungi kolestrol  yang tinggi. Namun demikian, analisis saintifik  mendapati  kolestrol dalam santan kelapa adalah  tersangat rendah  berbanding lemak dari sumber  lain, terutamanya  haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa. Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak  haiwan. Analisa menunjukkan:

Sumber minyak
Kandungan kolesterol (mg/kg)
Minyak kelapa
5-14
Minyak bunga matahari
8-44
Minyak isi rong sawit
9-40
Minyak sawit
13-19
Minyak soya
20-35
Minyak biji kapas
28-108
Minyak jagung
18-95
Minyak biji rape
28-108
Lemak haiwan

Beef tallow
800-1400
Mentega
2200-4100
Lemak babi
3000-4000
(Sumber: Inform Vol 13, 2002)


Kalau nak tengok artikel penuh buka la kat di sini.

Mesti anda tertanya-tanya apa kaitannya santan denggan minyak  kelapakan? Anda tahu tak penghasilan minyak kelapa atau minyak kelapa dara dari apa? Daripada SANTAN. Anda tahu apa khasiat minyak kelapa dara?.




Khasiat Minyak Kelapa Dara

>  Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.

Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.

Memusnah organisma perosak di dalam usus kecil dan besar, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengannya penghadaman mencapai tahap maksimum.

Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

>  Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap.

Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

>   Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

>   Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.


Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh

Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.

Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

>  Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.

>  Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

>  Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.


Actually sebenarnya saya bukan nak bercerita pasal minyak kelapa dara. Cuma nak bagi opinion kenapa murid-murid sekolah sekarang gemuk dan ada yang obesity. Nasi lemak memang tak sepatutnya di persalahkan. Generasi terdahulu pun makan je nasi lemak pagi-pagi, tapi rasanya macam takde yang mengalami masalah seperti sekarang. So antara punca-punca kegemukan kanak-kanak sekarang mungkin di sebabkan oleh:

#  Kurang bersenam. Banyak masa di habiskan di hadapan komputer, TV dan video game.

# Kurang mendapat makanan berkhasiat dalam menu seharian mereka. Ibu-ibu terlalu mementingkan kerjaya sehingga tidak mampu menyediakan makan berkhasiat untuk keluarga mereka.

#  Selalu di sajikan dengan fast food seperti McDonald, Pizza and KFC. Normally ramai yang tau makanan sebegini mengandungi lemak yang sangat tinggi.

Sebab lain saya tak dapat fikirkan lagi. So, sampai di sini sahaja entry saya kali ini. Salam ‘laik (^_^).

Saturday, May 7, 2011

SIGMA - ISTIKHARAH CINTA




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

DI ISTIKHARAH CINTA..


* dayah tak payah cari lirik lagu nie lagi...saya dah carikan ^_^


Thursday, May 5, 2011

ANDAI LELAKI TAHU...



Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya,
tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah,
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda,
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai,
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata,
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya,
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu,
percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,
tetapi di hatinya kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil,
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda,
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia,
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda,
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja,
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda,
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak  anda….


Wednesday, May 4, 2011

EXAM MODE...


Ya Allah…

Ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa,
Tapi hanya kerana-MU

Belajar ini bukan untuk diri,
Bahkan untuk seluruh umat Rasul-MU

Belajar ini bukan untuk saat ini,
Bahkan untuk sepanjang zaman-MU

AJARKAN lah kami apa-apa yang kami TIDAK TAHU tentang ilmu-MU

INGATKAN lah kami apa-apa yang kami LUPA tentang-MU

REDHAILAH setiap langkah kami,
Kerana KEPADA-MU lah kami akan KEMBALI

Amiin….






*  Tetapkanlah niat anda belajar… jangan sebab nak lulus periksa sahaja… tapi untuk kegunaan pada masa akan datang bagi membantu agama, bangsa dan Negara

*  Setiap kejayaan perlukan USAHA, DOA dan TAWAKAL… jangan hanya tahu untuk berserah dan tawakal sahaja, sedangkan usaha tidak seberapa...

*  Perbanyakkan Solat Sunat Istikharah supaya Allah memberikan petunjuk dan pertolongan ketika kita menjawab kertas peperiksaan

*  Redha dan restu dari guru dan ibu bapa adalah penting untuk memperoleh kejayaan…namun demikian, redha Allah lah yang mengatasi segala-galanya

*  Jadikanlah kegagalan semalam sebagai semangat untuk kita bangkit bagi kejayaan pada masa akan datang


< fokus untuk exam...hehehe ^_^ >