Thursday, August 18, 2011

APA YANG PATUT KITA KATA...

Bila kena uji dengan KELAPARAN, KETAKUTAN, KEKURANGAN HARTA dan sebagainya, kita berkata:
 "Aku DIHUKUM kerana DOSAKU, aku memohon AMPUN kepada-MU ya ALLAH."


Apabila Tuhan tentukan sesuatu TIDAK SEPERTI YANG KITA MAHU, kita berkata:
 "Aku REDHA, ALLAH lebih bijaksana dariku, KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU."


Jika kita lihat SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEAIBAN DAN KELEMAHAN, kita berkata:
 "Kasihan orang itu, BERILAH DIA PETUNJUK Ya ALLAH"


Jika sampai kepada kita, ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA,  kita pun berkata:
"Jika BENAR apa yang dia kata, AMPUNKANLAH DOSAKU Ya ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK. Jika apa yang dikatakannya itu DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA, BERILAH DIA PETUNJUK."

Saturday, August 13, 2011

JIKA.....



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu,
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu MENINGGALKANnya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin,
TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...



Jika kamu menadah air biarlah berpada,

jangan terlalu MENGHARAP pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu TEGUH...
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia RETAK...
tentu SUKAR untuk kamu MENAMBALnya semula...
Akhirnya ia DIBUANG...

Sedangkan jika kamu cuba MEMPERBAIKInya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah kamu menganggapnya BEGITU ISTIMEWA...
Anggaplah dia manusia BIASA.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA,
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,

yang kamu pasti BAIK untuk dirimu...
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin MENGEJAR kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN...
Kelak,
kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga yang akan MENYESAL




p/s: Samalah renungkan maksud dari kata2 di atas...

HUMAIRA SOLAT TERAWIH...



Suatu malam di malam bulan Ramadhan,,,
Ayah            : Humaira nak ikut ayah solat tarawih kat surau tak malam ni?
Humaira       : Nak, nak. Tapi ayah, solat tarawih itu macam mana?
Ayah            : Solat tarawih itu, kita buat lapan rakaat, dengan salam setiap dua rakaat. Lepas dua rakaat kita rehat, lepas itu solat, lepas itu rehat lagi, kemudian solat lagi sampailah cukup lapan rakaat.



Humaira       : Ayah, Humaira masih tak fahamlah. Macam mana?
Ayah            : Kalau tak faham, tak mengapa. Sekejap lagi kita ke surau dan Humaira ikut imam masa solat. Senang sahaja. Humaira jangan risau.
Humaira       : Hmmmm… baiklah. Tapi, kenapa sebelum ini ayah tak pernah solat tarawih pun?
Ayah            : Ohhh…tarawih itu dalam bulan puasa sahaja, sayang. Bukankah kita baru mula berpuasa hari ini?
Humaira       : Tapi,  kenapa ayah? Kenapa tarawih dalam bulan puasa sahaja?
Ayah            : Ha… sebabnya dalam puasa ini, ALLAH nak beri banyak hadiah yang istimewa untuk kita. Cuma, hadiah itu ALLAH akan beri pada orang yang puasa, malamnya dia rajin solat tarawih, rajin baca Al-Quran, rajin tolong kawan-kawan, hormat pada guru dan tak bising masa solat.
Humaira       : Wah, seronoknya! Ayah, malam ni Humaira nak ikut ayah, ya?
Ayah            : Boleh. Tapi kalau Humaira nak ikut ayah hari ini, kena bawa telekung dan solat baik-baik, dan pastikan jangan bising. Masa orang solat, kena solat juga sama-sama.
Humaira       : Boleh, ayah. Nanti Humaira solat elok-elok.


Tiba di surau,,,
Ayah            : Humaira ingat pesan ayah tadi. Kalau bising, lepas ini ayah tak akan bawa Humaira ke surau lagi. Ingat, ya?
Humaira       : Baik ayah, Humaira ingat.

          Selesai lapan rakaat, kelibat Humaira masih belum kelihatan. Lalu si Ayah mengintai ke tempat solat perempuan. Melalui celah tabir kelihatan wajah Humaira yang agak kelat sedang mengangkat takbir. Terlihat ayahnya sedang mengintai, Humaira tidak jadi solat dan terus berlari ke arah ayahnya.
Ayah            : Eh, Humaira solat tarawih?
Humaira       : Humaira solat dengan Fatimah, kawan Humaira. Banyak Humaira solat ayah, dah sepuluh kali. Sampai lenguh kaki ni.
Ayah            : Humaira tak main dengan kawan-kawan?
Humaira       : Tak, ayah. Bukan ayah pesan suruh solat tadi? Nanti kalau Humaira main, ayah tidak mahu bawa Humaira ke surau lagi. Humaira solat banyak-banyak sebab nak dapat hadiah dari ALLAH. Humaira nak masuk syurga.
Ayah            : Insya-ALLAH. Bagusnya Humaira malam ini. Mesti ALLAH akan beri banyak pahala.
Humaira       : Ayah, banyak lagikah? Humaira dah letih, kaki Humaira dah lenguh, Humaira dah mengantuk.
Ayah            : Baiklah, jom kita balik dulu. Nanti esok ayah belikan hadiah aiskrim, sebab Humaira solehah sangat malam ini.



* Membiasakan anak-anak dengan suasana ibadah sejak awal usia adalah satu aspek yang cukup penting dalam pendidikan anak-anak. Keberkatan suasana yang soleh akan melentur dan membentuk jiwanya untuk membesar menjadi manusia tang cinta kepada ibadah. Namun harus di ingat, jangan dipaksakan ibadah yang berat-berat, kelak mereka akan merasa jemu. Biarlah mereka berpada-pada dengan yang mudah dan sedikit, agar yang sedikit itu lama-lama akan menjadi gunung.


Friday, August 12, 2011

AYATUL KURSI...



            Saya percaya ramai di antara kita ramai yang hafal Ayatul Kursi. Tapi berapa ramai di antara kita yang hafal MAKSUD Ayatul Kursi? Pernah dengar dan tahu tak yang syaitan nie boleh ikut kita baca Ayat Kursi? Tak mungkin? Memang ade kemungkinan. Tujuan adalah nak menyesatkan kita. Kalo anda perasan, masa dalam keadaan takut terserempak dengan ‘teman2 seangkatan’ mereka nie membuatkan kita panik. Pada masa tue ayat kursi yang dibaca pun jadi tunggang-langgang. Dan masa nie la syaitan dok kacau2 kita dengan ikut skali kit abaca. Mungkin sengaja nak uji setakat mane pemahaman kita kowt. Sama ada hanya tau baca dan hafal tanpa tau maksud. (kalau tengok cerita “Karak” pasti anda tau situasi macam mana). So, pada yang tau, entry kali nie khas tuk anda.


Maksud Ayat Kursi
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KeupayaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak berasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"
(al-Baqarah: 255)' - Ayat Kursi.



p/s: kita kena hafal dan tahu makna ayat yang kita baca.....bukan sekadar tafsiran tapi juga faham isi kandungan ayat dan sebatikan dalam hati. Pilihlah mana2 ayat Quran, lepas tu hafal dan selami maknanya supaya bila kita baca, kita tahu apa yang kita baca.......jadi sama2lah kita hafal ya =)



Monday, August 8, 2011

KISAH SI PENGGALI KUBUR...


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.  Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.  Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika  sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

          Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. 


         “Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"  Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

           “Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. “Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. 

         “Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya." “Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

          “Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


          Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya  jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Wednesday, August 3, 2011

DUA KEMUNGKINAN...

Dalam hidup ini ada 2 kemungkinan...

... Iaitu kemungkinan kita akan sihat dan kemungkinan kita akan sakit ....
... jika kita sihat, alhamdulillah...


… Tapi jika kita sakit, ada 2 lagi kemungkinan...
... kemungkinan kita akan sakit sikit-sikit seperti batuk atau selesema atau kemungkinan kita akan sakit kuat...
... jika kita sakit sikit-sikit seperti batuk atau selesema, alhamdulillah...


… Tapi jika kita sakit kuat, ada 2 lagi kemungkinan...
... kemungkinan kita akan sembuh atau kemungkinan kita akan mati...
... jika kita sembuh, alhamdulillah...


… Tapi jika kita mati, ada 2 lagi kemungkinan...
... kemungkinan kita akan mati dalam keadaan bersedia untuk bertemu Allah swt dengan segala bekalan dan persiapan atau kemungkinan kita akan mati sia-sia...
... jika kita mati dalam keadaan bersedia untuk bertemu Allah swt dengan segala bekalan dan persiapan, alhamdulillah...


TAPI JIKA KITA MATI SIA-SIArenung-renungkanlah....

Wallahua'lam



BEGINI SAYANG (kisah 3)...

Bagaimana Cara Minta Maaf Daripada Allah?

Suatu hari, selepas solat Maghrib di surau,,,
Ayah            : Cuba Humaira baca Surah Al-Zalzalah. Ayah nak dengar.

Humaira       : Okey, tapi lepas tu ayah cerita pasal Surah Al-Zalzalah tau.

Ayah            : Okey.

Humaira       : “Bismillahirrahmanirrahim. Izazulzilatilarduzilzalaha...”.


Selesai bacaannya, si Ayah membacakan dengan ringkas terjemahan ayat-ayat dari Surah Al-Zalzalah.

Ayah            : Dalam Surah Zalzalah, ALLAH cerita pasal hari kiamat. Masa hari kiamat, semua manusia yang telah mati, ALLAH akan hidupkan semula semuanya. Selepas itu, semua ALLAH akan arahkan untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Humaira       : Padang Mahsyar itu di mana, ayah?

Ayah            : Padang Mahsyar itu, satu tempat yang luas. Ayah sendiri tak tahu mana letaknya (jawab si Ayah dengan jujur dan secara ringkas). Di Mahsyar, ALLAH akan balas semua perbuatan kita di dunia ni. Kalau kita buat baik sedikit pun ALLAH akan balas. Kalau Humaira kutip sampah sekecil ini pun ALLAH akan kira sebagai pahala (sambil tangan mengutip cebisan kertas halus di atas lantai surau).

Humaira       : Yakah, ayah? (sambil melihat ke kiri dan ke kanan) Ayah, tong sampah di mana? Maira nak pergi buang sampah.

Ayah            : Tahi cicak ini, Humaira buang di luar sana (sambil menunjukkan ke arah kawasan tidak berturap di luar surau). Alhamdulillah, sekarang Humaira dah dapat satu pahala. Mudah bukan?

Puji si Ayah dengan senyuman yang manis. Wajah Humaira kelihatan ceria sekali dapat berbuat amal kebaikan pada malam itu.

Ayah            : Humaira, duduk. Mari ayah sambung cerita.  Semua kebaikan tak kira kecil atau besar, contohnya, Humaira senyum pada ibu dengan ayah, tolong kawan-kawan, salam dengan cikgu ketika sampai dan pulang, semuanya ALLAH akan beri pahala. Apabila kita dapat banyak pahala, harapnya ALLAH akan masukkan kita ke dalam syurga.

Humaira       : Ha, dalam syurga ada aiskrim bukan, ayah? Ada sungai yang kita boleh mandi, bukan?

Ayah            : Ya, semua ada. Semua Humaira boleh dapat. Kalau Humaira nak masuk syurga, kena selalu minta maaf dengan ALLAH, dan kena selalu minta dengan ALLAH supaya ALLAH beri Humaira masuk syurga.

Humaira       : Macam mana nak minta maaf dengan ALLAH, ayah?

Ayah            : Okey. Kalau Humaira nak minta aiskrim atau mainan dengan ayah, macam mana Humaira minta?

Humaira       : Ayah… Humaira nak aiskrim, boleh? (sambil tersengih dan malu-malu)

Ayah            : Sama jugalah kalau Humaira nak minta dengan ALLAH. Sekarang cuba Humaira minta maaf dan minta masuk syurga dengan ALLAH pula.


Si Ayah cuba mengajarkan Humaira konsep doa yang sebenar iaitu doa dari hati yang penuh sedar dan permintaan yang penuh dengan pengharapan.

Humaira       : ALLAH… Humaira minta maaf banyak-banyak. Humaira nak masuk syurga. Humaira takut masuk neraka, nanti kena bakar dengan api. Tolonglah.

Ucap Humaira dengan suara yang halus tapi penuh dengan harapan dari hati yang jernih daripada dosa. Wajahnya sayu dan kepalanya ditundukkan.

Humaira       : ALLAH... Humaira nak masuk syurga sangat-sangat. Tolonglah Humaira.....



* Anak-anak perlu di ajar untuk berdoa sejak kecil lagi. Bukan hanya sekadar mengajar doa-doa di dalam Bahasa Arab, tetapi ajarkan juga konsep doa sebenar kepada mereka iaitu permintaan penuh pengharapan kepada ALLAH. Ketika usia mereka masih di peringkat awal kanak-kanak, tidak perlu kita bebankan mereka dengan hafalan doa yang panjang agar mereka tidak merasa bosan. Pada usia sebegini, mereka perlu dilentur dengan doa-doa yang mudah dahulu dan kita perlu sentiasa ingatkan mereka untuk sentiasa berdoa dalam apa jua situasi seperti ketika menaiki kenderaan, memakai pakaian, dan sebagainya.