Saturday, May 7, 2011

SIGMA - ISTIKHARAH CINTA




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

DI ISTIKHARAH CINTA..


* dayah tak payah cari lirik lagu nie lagi...saya dah carikan ^_^


Thursday, May 5, 2011

ANDAI LELAKI TAHU...



Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya,
tapi percayalah,
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah,
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda,
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai,
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata,
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya,
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu,
percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,
tetapi di hatinya kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil,
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda,
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia,
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda,
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja,
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda,
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak  anda….


Wednesday, May 4, 2011

EXAM MODE...


Ya Allah…

Ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa,
Tapi hanya kerana-MU

Belajar ini bukan untuk diri,
Bahkan untuk seluruh umat Rasul-MU

Belajar ini bukan untuk saat ini,
Bahkan untuk sepanjang zaman-MU

AJARKAN lah kami apa-apa yang kami TIDAK TAHU tentang ilmu-MU

INGATKAN lah kami apa-apa yang kami LUPA tentang-MU

REDHAILAH setiap langkah kami,
Kerana KEPADA-MU lah kami akan KEMBALI

Amiin….






*  Tetapkanlah niat anda belajar… jangan sebab nak lulus periksa sahaja… tapi untuk kegunaan pada masa akan datang bagi membantu agama, bangsa dan Negara

*  Setiap kejayaan perlukan USAHA, DOA dan TAWAKAL… jangan hanya tahu untuk berserah dan tawakal sahaja, sedangkan usaha tidak seberapa...

*  Perbanyakkan Solat Sunat Istikharah supaya Allah memberikan petunjuk dan pertolongan ketika kita menjawab kertas peperiksaan

*  Redha dan restu dari guru dan ibu bapa adalah penting untuk memperoleh kejayaan…namun demikian, redha Allah lah yang mengatasi segala-galanya

*  Jadikanlah kegagalan semalam sebagai semangat untuk kita bangkit bagi kejayaan pada masa akan datang


< fokus untuk exam...hehehe ^_^ >

Thursday, April 28, 2011

DOA JODOH....



Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya;

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-MU...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-MU ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini walaupun akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal alamin...



Tuesday, April 19, 2011

KE ARAH YANG DIREDHAINYA....


Assalammualaikum…

Maaf buat sahabat yang menantikan entry terbaru kerana sudah lama menyepi. Bukan niat di hati untuk tidak mengupdate blog lagi. Kalau boleh memang nak selalu update. Tapi disebabkan oleh kekangan masa dan idea membataskan segalanya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga idea untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. Semua apa yang saya cuba sampaikan dapat anda fikirkan dan cuba mengambil pelajaran daripada. Insya-Allah (^_^).

Sebenarnya,,, COUPLE NI BOLEH KE? Anda rasa?



Hmmmm…,

Jika dilihat dunia hari ini, ramai di kalangan remaja sudah pandai bermain cinta. Sampai budak sekolah rendah pun dah pandai nak berpakwe-pakwe/mempunyai balak @ boyfriend; dan berawek-awek/ mempunyai girlfriend. Salah ke nak ade boyfriend or girlfriend (kawan lelaki/kawan perempuan)?. Tak salah, tapi kenalah pandai-pandai menjaga batas pergaulan dalam berkawan. Tapi yang jadi lainnya bila perkataan boyfriend/girlfriend ditambah dengan perkataan ‘SPECIAL’ didepannya. Saya percaya itu sudah lebih dari seorang kawan. Memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Namun demikian, pergaulan perlu dijaga dan dibatasi.

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Ade yang kononnya couple dengan cara Islamik. Bercouple dengan niat baik kononnya dan cuba sedaya upaya mengawal perhubungan mereka agar tidak menghampiri zina.  Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Memang betul niat mereka baik, saling nasihat-menasihati. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq.

Cuba teliti ayat ni:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
Kalau anda faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku ialah, syaitan telah buat anda pandang indah benda buruk yang anda lakukan. Walaupun anda berpandangan tajam dan berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anda baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anda terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anda sms dengan ‘dia’, anda ingat Allah aje. Mesti ada masanya anda hanya melayan perasaan dengan ‘dia’, kan?
Andai anda kata tidak selalu jumpa dengan dia untuk mengelakkan zina, sebenarnya sudah berapa banyakkah anda dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anda janji taknak call ‘dia’, anda dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anda tak dapat elak apabila bercouple.
Apakah dia?
Sudah tentunya adalah zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita; Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, bercouple tetap tak dapat lari daripada zina hati.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Saya tertarik dengan beberapa potong ayat yang dititipkan oleh seorang ibu kepada anaknya yang bercouple semasa membaca sebuah artikel. Terutama sekali ayat pada perenggan terakhir pesanan ibu tersebut.

"I haven't found any entry in Islam that permits what you are doing right now. I haven't heard from anyone that loves before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family comes from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."





Sebenarnya cinta tak pernah membawa kita ke mana. Andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.  Andai ada jodoh anda berdua, Insya-Allah, Dia akan temukan anda dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Semoga anda dapat memikirkan apa yang terbaik buat diri anda. Apa yang terbaik buat diri anda, hanya anda yang boleh tentukan. Ingatlah! Dalam apa jua yang kita lakukan, carilah REDHA ALLAH. Tanpa redha Allah, segalanya tidak akan memberi apa-apa.

Semoga apa yang cuba saya sampaikan hari ini juga turut menjadi peringatan buat saya. Semoga kita semua saling berpesan-pesan kearah kebaikan dan tinggalkan segala apa yang boleh melalaikan dan membawa kealpaan. Insya-Allah mudah-mudahan.

Wasalam.



"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..
seindah manapun gubahan pertama tu,
selagi tak mendapat keredahaanNya,
tetap tiada gunanya..

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..


Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..


Friday, March 18, 2011

SAYANGKAH ANDA?

Akhir-akhir nie asyik terkenang dan teringat-ingat. Agaknye berapa banyak dosa yang saya dah wat dan terpaksa ditanggung oleh arwah ayah. Macam mana beliau di Alam Barzakh sana. Adakah hidup dalam kenikmatan atau dalam kesengsaraa? Banyakkah dosa-dosa yang ayah kena tanggung dari 3 orang anak perempuan ayah dan juga isteri ayah? Tak termasuk lagi dengan dosa-dosa yang ayah terpaksa tanggung sendiri.


< MY LOVELY FATHER >

Hmmmm…

Bila ayah dah takde, secara automatic abang-abang dan adik laki pulak kena tanggung dosa emak dan 2 orang lagi adik-beradik perempuan yang belum kahwin. Termasuk dari diri mereka sendiri. Kak long dah takde dalam list, coz abang long yang kena pikul amanah tue.

< MY BROTHERS >

            Tapi bila fikir-fikir balik, berapa besar kasih sayang saya terhadap ayah, abang-abang dan adik lelaki saya. Kalau betul saya sayang mereka, tentu saya akan berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Biar dosa yang mereka tanggung hanya dari diri mereka sahaja. Tapi sampai sekarang saya masih lemah dan tak mampu untuk melakukannya lagi. Ade keinginan tapi adakalanya terbatas. 

Entry kali nie bukannya ape. Juz sebagai peringatan buat kaum ADAM dan HAWA. Adakah anda tau bahawa:

  •   ADAM
              i.            Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

            ii.            Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

          iii.            Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

           iv.            Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

             v.            Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

     vi.            Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.


  •   HAWA
              i.            Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

            ii.            Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

          iii.            Saksinya kurang berbanding lelaki.

           iv.            Menerima pusaka kurang dari lelaki.

             v.            Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

           vi.            Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

         vii.            Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

       viii.            Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


PERBEZAAN ADAM DAN HAWA
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya-ALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

So, dapat lihat di sinikan. Wanita amat senang untuk masuk syurga berbanding lelaki. Jadi, kalau anda sayangkan ahli keluarga anda yang lelaki terutamanya ayah anda, suami, adik-beradik lelaki dan anak lelaki anda. Tentu anda mahukan mereka semua bersama-sama menemani anda di dalam syurga bukan? Tentu anda juga tidak mahu mereka menerima azab dan seksa di atas perkara yang tidak mereka lakukan, bukan? Saya rasa anda tau sendirikan jawapannya. Semoga kita suma dapat melakukan perubahan demi insan-insan yang kita SAYANG. Insya-Allah.

Wassalam.



p/s: Perubahan haruslah dengan niat kerana Allah... namun demikian, ada kalanya pemangkin di perlukan sebagai motivasi... (^_^)