Wednesday, July 27, 2011

AHLAN WASAHLAN, YA RAMADHAN...

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintupintu syurga dan ditutup padanya pintupintu neraka, ditambat padanya syaitansyaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith dikeluarkan oleh Ahmad, alNasa`ie daripada Abi Hurairah.



Takrif Puasa

Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap.

Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang
perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat puasa.



Kelebihan dan Keutamaan Ramadhan

1. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai  orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! ,  dan  (yang  ikhlas)  kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


2. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Sabda Rasulullah:
“ Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk (kasturi).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5.  Daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.”
(Riwayat Ibn Majah dan alHakim)

6. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah  bersabda:
Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.”
(Riwayat alBaihaqi) 


7. Daripada Abi Sa`id:
“Siapa yang berpuasa sehari sematamata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.
(Riwayat alNasa`ie)

8. Daripada Ibn Umar dan alDailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.”
(Riwayat Ibn Mandah)


          Jadi , apa yang anda tunggu lagi? Marilah sama-sama kita memperbanyakkan segala amalan kita ketika bulan Ramadhan. Semoga segala apa yang telah dijanjikan oleh ALLAH akan kita perolehi dan semoga buku amalan kita penuh dengan catitan kebaikan semata-mata. Insya-ALLAH, amiin.




Saturday, July 23, 2011

BEGINI SAYANG (kisah 2)...

DI MANA ALLAH?


Humaira       : Ibu, ALLAH duduknya di mana?

Ibu              : Sebenarnya ALLAH sangat dekat dengan kita, sayang. ALLAH ada di mana-mana sahaja.



“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
- Surah Al-Baqarah; ayat 186 –



Humaira       : ALLAH ada rumah tidak, ibu?

Si Ibu terdiam seketika. Mana mungkin dia bercerita  tentang Arasy ALLAH seperti dalam Surah Al-Furqan, ayat yang ke-59:



“Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang ALLAH) kepada yang lebih tahu (Muhammad) tentang Dia.”



Ibu              : ALLAH tiada rumah macam kita, sayang. ALLAH ada bersama-sama kita.

Humaira       : Eh, dulu ayah kata Kaabah itu rumah ALLAH. ALLAH tak duduk di situkah?

Ibu              : Memang betul Kaabah itu dipanggil sebagai rumah ALLAH. Tetapi ALLAH hebat, ALLAH tak perlukan rumah macam kita. ALLAH tak perlu duduk di situ. Kaabah itu arah kita solat. Jadi bila semua orang Islam solat, semua akan menghadap Kaabah. Mudahlah sikit, bukan?

Humaira menunjukkan wajah keliru.

Ibu              : Okey, sekarang cuba Humaira bayangkan. Kalau kita solat jemaah, ibu solat menghadap sana, ayah menghadap sini, Humaira pula menghadap belakang (sambil tangan menunjukkan arah-arah yang bertentangan). Mesti pening! Betul, tidak?

Humaira       : Isy,,,tak boleh, tak boleh!

Ibu              : Betul, mana boleh solat macam itu. Sebab itu ALLAH perintahkan kita solat menghadap kiblat, supaya apabila solat semua orang akan menghadap satu tempat saja. Jadi, manusia tak akan bergaduhlah apabila nak solat. Humaira faham tak sekarang ni kenapa adanya Kaabah? Kaabah bukan rumah tempat ALLAH tinggal, tapi tempat orang Islam menghadap semasa beribadat.

Humaira       : Oh, begitu. Habis, ALLAH tinggal di mana?

Ibu              : ALLAH ada di mana-mana sahaja, sayang. Dia sangat dekat dengan kita, sebab itulah apabila kita berdoa ALLAH dengar. Apabila kita susah, ALLAH tolong. Apabila kita sakit, ALLAH sembuhkan. Betul tak? Oleh sebab itu, kita mesti sentiasa buat apa yang ALLAH suruh, dan apa yang ALLAH marah kita tak boleh buat.

Humaira mengangguk.




* Dalam mengajar anak-anak tentang ALLAH, pelbagai persoalan yang ganjil-ganjil daripada mereka akan timbul, terutamanya tentang akidah dan hakikat kewujudan-Nya. Deria mereka masih mentah untuk mengimani perkara-perkara ghaib. Justeru, kitalah bertanggungjawabuntuk memperjelaskan persoalan akidah yang sukar dengan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Di samping itu, contoh-contoh yang boleh dibayangkan oleh anak-anak juga penting kerana anak-anak kecil suka berimaginasi. Oleh itu, sebelum menjawab, fikirkan dahulu dengan bersungguh-sungguh supaya kefahaman anak-anak tidak bercelaru.

Friday, July 15, 2011

BEGINI SAYANG (kisah 1)

Siapa Ciptakan Allah?

      Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, Humaira tiba-tiba berbicara memecahkan kesepian di dalam kereta.
Humaira       : Ayah, kereta, siapa yang ciptakan?

Ayah            : Hmmm…kereta, manusia yang ciptakan. Tapi kereta diperbuat daripada besi dan besi diciptakan oleh ALLAH.

Humaira       : Ohhh…(sambil mengangguk)


Beberapa ketika kemudian,
Humaira       : Ayah, pokok, siapa yang ciptakan?

Ayah            : Pokok, ALLAH yang ciptakan.

Humaira       : Awan?

Ayah            : ALLAH.               

Humaira       : Bukit?

Ayah            : ALLAH.

Humaira       : Padi?

Ayah            : ALLAH.

Humaira       : Jalan?

Ayah            : Jalan manusia yang ciptakan. Tapi jalan diperbuat daripada batu, dan batu ALLAH yang ciptakan macam ayah cakap tadi.

Humaira       : Ohhhh. Ujar Humaira sambil mengangguk sekali lagi.


Humaira       : Ayah, siapa yang ciptakan ALLAH?

Ayah terdiam seketika. Humaira lantas mengulang kembali persoalannya dengan lebih kuat dan tegas.

Humaira       : Ayah, siapa yang ciptakan ALLAH?

Ayah            : Sayang, ALLAH tiada siapa yang menciptakannya, tapi ALLAH yang menciptakan semua benda.

Humaira       : Tapi macam mana ayah?

Ayah            : Hmmm...memang begitu. Tidak ada yang menciptakan ALLAH, sebab semuanya ALLAH yang ciptakan. Memang tidak ada yang menciptakan ALLAH, sebab ALLAH adalah Pencipta segala-galanya.

Humaira       : Ayah, macam mana ALLAH ciptakan benda-benda?

Ayah            : Sayang, begini. Apabila ALLAH nak ciptakan sesuatu benda, ALLAH akan sebut ‘Jadi!’, maka benda itu akan terjadi. Contohnya, ALLAH nak jadikan bintang, ALLAH akan sebut ‘Jadi!’ dan bintang itu pun akan ada.

Humaira       : Ohhhh...



“ALLAH Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: ‘Jadila’. Lalu jadilah ia.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 117)




* Ibu bapa berperanan besar untuk menyemai rasa kehebatan ALLAH sejak dari awal lagi agar ketika mereka dewasa kelak, perasaan kagum pada ALLAH akan menjadi pelindung mereka daripada melakukan perkara-perkara kejahatan.

...BEGINI SAYANG...

“Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajibmelakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat siksaan.”
(Mutiara kata dari cicit Rasulullah s.a.w., Imam As-Sajjad ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib)


Anak-anak merupakan permata ibu bapa, namun menggilapnya tidaklah semudah yang disangka. Mereka seumpama kain putih yang harus diwarnakan dengan warna-warna yang disukai oleh ALLAH s.w.t. Mendidik anak yang masih rebung merupakan peringkat yang paling kritikal dalam pentarbiahan anak-anak. Jika salah konsep dan cara pentarbiahan, takut-takut anak soleh dan solehah yang diharapkan tidak kesampaian. Segala yang diterima oleh minda mereka ketika masih kecil akan dibawa oleh mereka sehingga remaja dan dewasa. Oleh itu, kemahiran yang tinggi dan ilmu pengetahuan yang mendalam amat diperlukan agar mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang mulia dan bakal menjadi khalifah yang akan memakmurkan muka bumi ALLAH ini. Insya-ALLAH.

          Tentu ada di antara anda ada yang pelik dan tertanya-tanya. Nape la mula je entry dah keluarkan mutiara kata pasal anak? Actually saya nak share tips-tips untuk menjawab pertanyaan anak-anak yang masih kecil dan baru mula nak belajar mengetahui dan mengenali sesuatu perkara. Tips tersebut diadaptasi dari buku terbitan Galeri Ilmu iaitu “Begini Sayang”, hasil karya Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainuddin.


Buku ini merupakan garapan dari  kisah yang di alami sendiri oleh pasangan suami isteri ini bersama dengan anak-anak mereka, Humaira yang baru berusia 5 tahun dan Khadijah Hanan (berapa bulan tak ingat...huhuhu). Terdapat 40 kisah dan jawapan di dalam buku ini. Namun demikian, saya hanya akan berkongsi beberapa kisah yang menarik perhatian saya sahaja. (kalau nak tau lebih lagi kena la beli buku nie... xde la mahal sangat pun...cuma RM19)

          Saya sendiri sedar dalam melayani segala pertanyaan dan kerenah anak-anak buah saya (umur baru 22 tahun..tapi dah de 12 orang anak buah...ramai tak?...hehehe), saya tidak pernah dan tidak terlintas di fikiran saya untuk menjawab segala pertanyaan mereka dan mengaitkan dengan ketauhidan kepada Allah. Alhamdulillah, buku ini berjaya menyedarkan saya dan mungkin saya boleh praktikkannya juga kepada anak-anak saya suatu hari nanti. Insya-ALLAH. (boleh gak guna untuk sape-sape yang ada adik-adik kecil ^_^ )


“Wahai Tuhan kami,
jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami,
perkara-perkara yang menjadi penyejuk hati kami,
serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Amiin.”


* Kredit kepada sahabat yang memperkenalkan buku ini kepada saya...thanx banyak-banyak...jangan lupa semak assignment saya (^_^)

Wednesday, May 25, 2011

UJIAN DARI ALLAH

Setiap manusia di beri akal dan hawa nafsu, terpulang pada manusia itu untuk menggunakan kedua-dua amanah yang telah dikurniakan Allah mengikut cara mereka. Selamatlah kita jika akal yang mengendalikan hawa nafsu kita, dan semua itu bukan mudah bagi manusia yang fitrahnya sentiasa lalai dan alpa jika tidak berlandaskan kekuatan iman dan petunjuk dari Illahi.

Namun andai manusia yang beriman itu tetap diuji dengan terjerumus dalam kemaksiatan, bukan bermakna manusia itu sehina-hina manusia dimuka bumi ini kerana fitrah manusia memang diciptakan lemah dan sentiasa mengharapkan pergantungan dan pertolongan. Semoga dengan rahmat Allah, akan sentiasa ada walau setitis tinta dalam hati kita "IMAN" kepada Allah S.W.T yang apabila Allah menghukum kita lantaran kemaksiatan yang dilakukan bisa menggetarkan jiwa dan membuahkan airmata kekesalan yang akhirnya membawa manusia itu kembali beriman dan menta'ati Allah S.W.T.

“Ya Allah, janganlah Engkau menghukum kami andai kami tersalah atau terlupa, kurniakanlah ilmu dan hikmah ke dalam hati-hati kami yang bermanafaat untuk kami dan teguhkan hati kami untuk beramal dengannya. Amiin.”

Dalam kehidupan dunia ini, Allah S.W.T akan selalu menguji hamba-Nya dengan mengambil kembali secara paksa kurnia yang telah diberikan kepada seseorang hamba. Diantara yang diuji dan diduga itu ada yang kurang menerima bahkan berbuat hal-hal yang tidak senonoh, ada yang bersabar dan redha atas cubaan itu dan yang menyerahkan perhitungan yang hilang itu kepada Allah S.W.T serta menerima taqdir dari Allah S.W.T dengan ucapan "Hasbiyallahu wani'malwakil".


Bagi mereka ini Allah S.W.T akan mengurniakan hadiah, kurnia dan rahmat-Nya di dunia dan akhirat. Allah memasukkan mereka pada golongan orang yang soleh yang muslim, dan mendapat petunjuk dan ditunjuki jalan yang baik, serta diberi-Nya taufiq dan hidayah untuk selalu taat dan dikurniai-Nya satu kemuliaan yang lain yaitu menikmati memandang wajah Allah S.W.T pada hari kiamat kelak, suatu nikmat yang Maha Besar dan Agung.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:

"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya"
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)

Dalam surah Al-Ankabut: ayat 2-3:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman. Sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka dan benar-benar Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui pula orang-orang yang dusta"

Dalam surah Al-Anbiya' : ayat 35:
"Dan Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kalian kembali"

Sabda Rasulullah :-
"Demi Allah, bukanlah kefakiran atau kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian, akan tetapi aku khuatirkan (kalau-kalau) kemewahan dunia yang kalian dapatkan sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang sebelum kalian, lalu kalian bergelumang dalam kemewahan itu sehingga binasa, sebagaimana mereka bergelumang dan binasa pula."
( Hadis Riwayat Bukhari)

"Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:
"Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan semacam tusukan duri atau yang lebih berat daripadanya melainkan dengan uijian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya dan digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya."
(Hadis Muttafaq alaih)

Hadis Qudsi mengatakan:
"Wahai anak Adam! padamu telah ada kecukupan, namun engkau masih mencari-cari apa yang nantinya akan menjadikan engkau melampaui batas.
Wahai anak Adam! engkau ini tidak puas dengan yang sedikit dan tidak kenyang dengan yang banyak.
Wahai anak Adam! apabila pagi-pagi jasadmu telah diberi sehat dan a'fiat, merasa aman dalam lingkungannya dan memiliki makanan untuk dimakan untuk hari itu, tidak perlu kau pedulikan lagi apa yang akan terjadi terhadap dunia."


Dalam Surah Ali-'Imran: ayat 14:
"Telah dihiaskan kepada manusia kecintaan pada hawa nafsu yang berupa wanita, anak-anak, berpikul-pikul harta benda berupa emas dan perak, kuda pilihan (kenderaan), binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, padahal Allah memiliki tempat kembali yang baik."

Dalam Surah Al-Zalzalah:ayat 10-11:-
"Dan diantara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan (fitnah) itu seakan-akan siksaan dari Allah. Dan jika datang pertolongan dari Allah, mereka pasti berkata : "Sesungguhnya kami beserta kalian (kaum Muslimin)." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang beriman, dan benar-benar pula mengetahui orang-orang yang munafik."


"(Tingkat berat ringannya ujian disesuaikan dengan kedudukan manusia itu sendiri). Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalh para nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat dengan darjatnya kepada mereka berurutan secara bertingkat. Orang diuji menurut tingkat keta'atan kepada Agamanya. Jika ia sangat kukuh kuat dalam Agamanya, sangat kuat pula ujian kepadanya dan jika lemah dalam Agamanya, diuji pula oleh Allah S.W.T sesuai dengan tingkat keta'atan kepada Agamanya. Demikianlah bala dan ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan dimuka bumi tanpa ada dosa apa pun."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)



Dengan itu hendaklah kita selalu berdoa setiap kali selesai solat :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapt seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa:

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah.

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, aku adalh hamba-Mu dan telah berjanji untuk mentaati-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada Engkau dari keburukan hal yang telah ku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku yang telah ku lakukan. Oleh kerana itu, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa, selain Engkau.

Amin Ya Rabbal Alamin.



Sebagai suri teladan, hayati firman Allah kepada Nabi Musa a.s :

" Wahai Musa! diantara hamba-hambaKu ada yang sekiranya meminta Syurga dengan segala perlengkapannya kepada-Ku nescaya akan Ku-berikan. (Tetapi) ada pula hamba yang sekiranya meminta sesuatu yang senilai kulit cemeti (sekalipun), tidak akan Ku-beri. Bukanlah yang demikian itu disebabkan oleh hina menurut pandangan-Ku. Aku ingin menyimpan baginya di akhirat karena kemurahan-Ku dan ingin menjaganya dari dunia, laksana seorang penggembala menjaga kambingya dari tempat penggembalaan yang berbahaya.

Wahai Musa! Tidak Aku dorong orang fakir miskin (meminta perlindungan) kepada orang-orang kaya karena gudang-gudang-Ku sudah sempit bagi mereka atau rahmat-Ku sudah tidak meliputi mereka, akan tetapi telah Ku tetapkan sebahagian harta yang ada pada orang-orang kaya untuk mencukupi kehidupan fakir msikin. Aku ingin menguji orang-orang kaya bagaimana keihklasannya dalam melaksanakan hak-hak fakir miskin yang ada pada mereka.

Wahai Musa! Apabila mereka telah melaksanakan hal itu, nescaya Ku-sempurnakan nikmat-Ku pada mereka, dan Ku-lipatgandakan di dalam dunia untuk satu kebaikan 10 kali gandanya.

Wahai Musa! Jadilah engkau gudang kekayaan bagi fakir miskin, benteng pelindung bagi orang yang lemah, hujan nikmat bagi yang meminta perlindungan. Nescaya Aku akan menjadi teman dan kawanmu yang akrab dalam kesulitan, menjadi teman penghibur ketika engkau kesepian dan akan menjaga dan melindungimu siang dan malam."
(Hadis Riwayat Ibnu Najjah dr Anas r.a)



Thursday, May 19, 2011

JURNAL UNTUK ENTRY "NASI LEMAK = GEMUK??? "

Assalammualaikum warahmatullah...
Entry kali nie just nak share jurnal yang saya suruh tengok untuk entry sebelum ini. Coz link untuk jurnal tersebut tidak boleh di buka lagi. So, saya harap saya dapat share sedikit ilmu yang saya dapat dengan anda semua.


SANTAN.... O..... SANTAN
DARI MANA ASAL MU KALAU TIDAK DARI KELAPA
Oleh: Kamariah Long (PhD)
Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI2 / 4

Baru-baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah menarik perhatian ramai.  Bermacam punca dibincangkan dan diketengahkan pelbagai pihak.  Antaranya ialah jenis makanan yang dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berbagai pandangan diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI LEMAK ditunding sebagai salah satu puncanya.

Isu ini menjadi semakin hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian Pendidikan  Malaysia untuk tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah.  Rasional pengharaman ini bukan  kerana nasinya tetapi kerana penggunaan  SANTAN KELAPA dalam penyediaan nasi lemak. Sebagai seorang profesional yang terlibat dalam penyelidikan kelapa, saya terpanggil untuk memberi pandangan dan membetulkan MITOS terhadap santan kelapa. Saya merasakan begitu bersalah jika membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan mengenepikan khazanah alam yang dianugerahkan Allah SWT.

Masih terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana seorang ibu memberikan pendapatnya semasa  wawancara  berita  TV3. Beliau menyatakan nasi lemak melemahkan pemikiran anaknya. Juga di zaman persekolahan saya dahulu, jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak sebagai penyebabnya.  Sehingga kini mitos santan kelapa masih berterusan. Sayangnya perkara ini berlaku juga di kalangan profesional termasuk pakar permakanan Malaysia. Malah ketika saya menjalankan ujian saringan kesihatan di sebuah hospital swasta, saya juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan.

Santan  kelapa  dikatakan mengandungi kolestrol  yang tinggi. Walau bagaimanapun, analisis saintifik  mendapati  kolestrol dalam santan kelapa adalah  tersangat rendah  berbanding lemak dari sumber  lain, terutamanya  haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa. Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak  haiwan (Jadual 1).

Jadual 1:  Kandungan kolestrol dalam minyak
Sumber minyak
Kandungan kolesterol (mg/kg)
Minyak kelapa
5-14
Minyak bunga matahari
8-44
Minyak isi rong sawit
9-40
Minyak sawit
13-19
Minyak soya
20-35
Minyak biji kapas
28-108
Minyak jagung
18-95
Minyak biji rape
28-108
Lemak haiwan

Beef tallow
800-1400
Mentega
2200-4100
Lemak babi
3000-4000
 (Sumber: Inform Vol 13, 2002)

Persoalan  kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik  mengenai kesan pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna. Secara peribadi, saya belum menjumpai sebarang kertas kerja  santifik berkaitan  perkara  ini.  Jika demikian, bagaimana  santan  sebegitu dicemuh sebagai punca kepada masalah obesiti dan penyakit jantung.

Santan kelapa mempunyai kandungan  lemak tepu yang tinggi dan  boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa  mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu. Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada  wujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi isu besar di Amerika  Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran. Kempen anti-minyak tropika dan  Program Piramid Makanan (Food Pyramid Program) telah dilancarkan dalam tahun 1992 secara besar-besaran oleh Jabatan Pertanian Amerika  Syarikat (United States Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam Kacang Soya (American Soybean Association, ASA). ASA mencegah pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi.  Asid lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan.

Akibat dari kempen  tersebut, penduduk  AS  telah mengubah cara permakanan di mana pengambilan minyak soya dan minyak jagung digunakan sepenuhnya dalam  diet mereka. Program ini ternyata membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20 tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS menghadapi masalah kegemukan (National Health and Nutrition Examination Survey 1999-2000). Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang mendadak di AS. Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawa musibah kepada penduduk AS.

Kini pendapat yang mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu dipertikai ramai saintis. Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung bukanlah disebabkan pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan pengambilan  asid lemak perlu (essential fatty acids)  yang berlebihan (Time’s March 1, 2004 dan Fortune’s October 23, 2003).

Tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya diperoleh dari diet pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari  mengandungi  asid lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik (C18:2, ω6), yang tinggi.  Tubuh manusia akan menukar asid linolenik  kepada asid arakidonik (C20:4, ω6).  Asid arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan (membrane) plasma sel-sel badan.  Bila  diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi.  Kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan dan penyakit alahan (allergic).

Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari) 20 kali ganda lebih tinggi berbanding asid omega-3 (minyak ikan).  Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid omega-ω3 dan omega-ω6. Prostaglandins yang dihasilkan  secara berlebihan  menyebabkan  keradangan seterusnya  penyakit kronik kepada rakyat AS.

Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan.  Asid trans bukanlah asid yang boleh didapati secara semula jadi.  Asid ini terbentuk semasa proses  penghidrogenan (hydrogenation process).  Proses penghidrogenan  ialah tindakbalas kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak  kacang soya, jagung dan bunga matahari  pepejal atau lemak pada suhu bilik.  Gas hidrogen ditambah semasa  proses ini untuk menukarkan minyak kepada  lelemak.  Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut dalam industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lelemak. Marjerin dan  lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan. Lelemak ini digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, ais krim, piza, coklat dan sebagainya. Food and Drug Administration (FDA) AS akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari  penggunaan asid trans ini.  Pada Januari 2006, FDA  telah mewajibkan pengusaha makanan melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang dihasilkan.

Terdapat  beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol dan LDL (low density lipoprotein) dalam darah tikus meningkat.  Walau bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam ujian ini dicemari asid trans. Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterima sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak kelapa.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya khazanah alam yang dikurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih telah banyak membantu kita membongkar rahsia alam. Asid lemak tepu boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai karbon pendek (C  4:0-C  6:0), sederhana (C  8:0-C  12:0) dan panjang (C  14:0 >). Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing-masing dan kita memerlukan kesemuanya. Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride,  MCT).  Banyak kajian klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara maju termasuk Eropah dan Jepun.

Kajian mendapati asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan badan secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi. Tenaga yang terhasil dari  asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm berbanding 4 kcal/gm dari glukosa. Pengambilan santan membekalkan  tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai sederhana. Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga segera.

Deng.an bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia diberi maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah perlu dilhat dari  sudut yang lebih menyeluruh dan tidak sahaja dari sudut pemakanan.  Juga bagi menjaga kesihatan rakyat, sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid trans dalam produk makanan.

Sejak kebelakangan ini pula  terdapat banyak pengusaha kelapa mendapatkan  santan untuk dijadikan minyak kelapa dara.  Minyak kelapa dara mengandungi  pelbagai khasiat  kerana ia boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi.  Meminum santan sama seperti meminum minyak kelapa dara.  Dua sudu besar minyak kelapa dara  (30 ml)  menyamai  setengah biji kelapa. Khasiat mengenai minyak kelapa dara banyak tersebar, terutama  dalam  internet.  Penulisan khusus mengenai perkara ini akan dihasilkan dalam masa terdekat.

Sudah sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan diletakkan pada pespektif sebenar.  Setiap khazanah alam anugerah Allah  SWT kepada hambaNya mempunyai peranan tersendiri, yang diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa juga perkara.

So, harap jurnal ini dapat membantu anda. Semoga salah tanggapan terhadap santan dan nasi lemak dapat dikurangkan. Wallahualam.

* kepada yang minat lagu Sigma, saya dah tukar semula...so, selamat mendengar sepuasnya ^_^