AL-QAMAH BERPESAN KEPADA PUTERANYA, KATANYA :
WAHAI ANAKKU, KIRANYA ENGKAU MERASAKAN PERLU UNTUK BERSAHABAT DENGAN SESEORANG MAKA HENDAKLAH ENGKAU MEMILIH ORANG YANG SIFATNYA SEPERTI BERIKUT :-
1) JIKA ENGKAU MEMBUAT BAKTI KEPADANYA, IA AKAN MELINDUNGI MU.
2) JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, IA AKAN MEMBALAS BAIK PERSAHABATAN ITU.
3) JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADANYA BERUPA WANG & SEBALIKNYA, IA AKAN MEMBANTU MU.
4) JIKA ENGKAU MENGHULURKAN SESUATU KEBAIKAN KEPADANYA, IA AKAN MENERIMANYA DENGAN BAIK.
5) JIKA DIA MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIPADAMU, DIA AKAN MENUTUPNYA.
6) JIKA ENGKAU MEMINTA BANTUAN DARIPADANYA DIA AKAN MENGUSAHAKANNYA.
7) JIKA ENGKAU BERDIAM DIRI ( kerana malu hendak meminta ) DIA AKAN MENANYAKAN KESUSAHAN MU.
8) JIKA DATANG SESUATU BENCANA MENIMPA DIRIMU, DIA AKAN MERINGANKAN KESUSAHAN MU ( membuat sesuatu utk menghilangkan kesusahan itu ).
9) JIKA ENGKAU BERKATA KEPADANYA, NESCAYA DIA AKAN MEMBENARKAN MU.
10) JIKA ENGKAU MERANCANG SESUATU, NESCAYA DIA AKAN MEMBANTU MU.
11) JIKA KAMU BERDUA BERSELISIH FAHAM, NESCAYA DIA LEBIH SENANG MENGALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN PERSAHABATAN.
DEMIKIANLAH PESANAN AL-QAMAH KEPADA PUTERANYA...
< gonna mich u after dis... waaa~ >
NAMUN DI ANTARA KATA ATHA' :
PERHATIKANLAH SAHABATMU ITU DI DALAM 3 PERSOALAN :-
1) JIKA MEREKA SAKIT, HENDAKLAH SEGERA MENZIARAHI MEREKA.
2) JIKA MEREKA TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN-URUSAN, MAKA BERILAH BANTUAN.
3) JIKA MEREKA TERLUPA, MAKA HENDAKLAH MENGINGATKAN MEREKA.
" SESUNGGUHNYA TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG ITU MELAINKAN DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTI DIA MENGASHI DIRINYA SENDIRI..."
**carilah sahabat yg boleh membantu dirimu dunia akhirat.. dan jadilah sahabat yg terbaik utk seseorang.. jangan jadi musuh dalam selimut; gunting dalam lipatan; api dalam sekam.. cubalah untuk jadi sahabat yg terbaik di antara yang terbaik.. wallahu 'alam
0 comments:
Post a Comment