Friday, February 25, 2011

CALON SOLEHAH....

Tinggal beberapa hari je lagi Ateh bakal di nikahkan. Hurmmm, agaknya apa la perasaan Ateh & Kak Ila kan?. Almaklumlah, bakal bergelar Raja Sehari. Mesti rasa berdebar-debar agaknye?. Atau pening memikirkan perjalanan majlis, barang-barang hantaran, perbelanjaan dan tetamu jemputan?. Itu tak dapat saya tafsirkan kerana orang yang mengalaminya je yang akan tahu.

Namun demikian, dalam tempoh untuk menerima kakak ipar baru nie. Diri sendiri berfikir. Orang zaman sekarang sibuk nak cari bakal Isteri Solehah. Kalau boleh kaum-kaum lelaki nak cari isteri yang baik-baik, menutup aurat, bersopan-santun, berbudi bahasa, hormat orang tua, menutup aurat dan sebagainye. Kalau boleh wanita tersebut bukan hanya akan memainkan peranan sebagai seorang isteri sahaja, tetapi juga sebagai seorang ibu untuk anak-anak mereka. Namun sedarkah mereka?. Jika DIRI MENDAMBAKAN ISTERI YANG BAIK SEPERTI SAIDATINA FATIMAH, maka DIRI HARUSLAH SEBAIK DAN SESOLEH SAIDINA ALI. Ingat kata pepatah nie; Wanita Yang Baik Adalah Untuk Lelaki Yang Baik, Wanita Yang Jahat Adalah Untuk Lelaki Yang Jahat.


 < hiasan semata-mata =) >

Pesanan untuk mereka yang bergelar Kaum Adam, terutama sekali yang mencari CALON SOLEHAH:
    • Sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita.

    • Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. Tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

        • Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata.

        • Jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi. Bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. InsyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.


          p/s: Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih dan menilai. INGAT, jangan letakkan syarat atau piawaian yang tinggi untuk bakal zaujah anda. Mohonlah yang terbaik dari ALLAH s.w.t. Hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri anda.







           * lagu Lafaz Sakinah oleh Far East ini ditujukan khas buat Ateh (Abdul Kareem Adnan) dan Kak Ila (Norfadzillah Yusof)...Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. (^_^)

          1 comments:

          SeInDaH CaHaYa said...
          This comment has been removed by the author.