Saturday, February 19, 2011

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB DOA...

Dah lama sangat tak update blog. Almaklumlah, orang busy la katakan. Mana taknya, dah nk tahun akhir. So macam-macam projek nak kena buat. Tido pun kadang-kadang tak cukup. Tapi dapat 2 jam satu hari pun dah Alhamdulillah, daripada tak tido langsung. Actually entry kali nie bukan nak cite pasal diri sendiri. Tapi nak share pasal:


WAKTU-WAKTU MUSTAJAB DOA
  1. Ketika hujan.
  2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
  3. Ketika menghadapi musibah dalam peperangan.
  4. Waktu antara azan dan iqamat.
  5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
  6. Ketika sujud dalam solat.
  7. Ketika khatam Al-Quran (30 Juzuk).
  8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  9. Sepanjang hari Jumaat.
  10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 

"Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan,"
(Hadis Mursal; diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar)

"Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

< Sumber dari Majalah Solusi: Isu No.28 >

         So, lepas nie kalo nak berdoa kita dah tau la WAKTU-WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA. Boleh pilih nak berdoa bila. Tapi tak la cakap suma doa tue confirm akan dapat. Semuanya bergantung kepada yang Maha Pemurah, Maha Pengasih serta Maha Mengetahui sama ada nak makbulkan permintaan anda suma atau tidak. Yang penting selalulah bersangka baik jika ape yang anda mohon dan hajatkan tak dapat. Mungkin apa yang anda minta tak sesuai untuk anda, mungkin juga Allah tangguhkan dulu apa yang anda minta atau DIA menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan berharga. Jadi jangan cepat give-up kalau ape yang anda hajatkan tak dapat. Usaha, teruskan berdoa dan tawakal. (^_^)

* thanx kepada sahabat yang pinjamkan majalah nie =)

0 comments: