Friday, February 25, 2011

CALON SOLEHAH....

Tinggal beberapa hari je lagi Ateh bakal di nikahkan. Hurmmm, agaknya apa la perasaan Ateh & Kak Ila kan?. Almaklumlah, bakal bergelar Raja Sehari. Mesti rasa berdebar-debar agaknye?. Atau pening memikirkan perjalanan majlis, barang-barang hantaran, perbelanjaan dan tetamu jemputan?. Itu tak dapat saya tafsirkan kerana orang yang mengalaminya je yang akan tahu.

Namun demikian, dalam tempoh untuk menerima kakak ipar baru nie. Diri sendiri berfikir. Orang zaman sekarang sibuk nak cari bakal Isteri Solehah. Kalau boleh kaum-kaum lelaki nak cari isteri yang baik-baik, menutup aurat, bersopan-santun, berbudi bahasa, hormat orang tua, menutup aurat dan sebagainye. Kalau boleh wanita tersebut bukan hanya akan memainkan peranan sebagai seorang isteri sahaja, tetapi juga sebagai seorang ibu untuk anak-anak mereka. Namun sedarkah mereka?. Jika DIRI MENDAMBAKAN ISTERI YANG BAIK SEPERTI SAIDATINA FATIMAH, maka DIRI HARUSLAH SEBAIK DAN SESOLEH SAIDINA ALI. Ingat kata pepatah nie; Wanita Yang Baik Adalah Untuk Lelaki Yang Baik, Wanita Yang Jahat Adalah Untuk Lelaki Yang Jahat.


 < hiasan semata-mata =) >

Pesanan untuk mereka yang bergelar Kaum Adam, terutama sekali yang mencari CALON SOLEHAH:
    • Sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita.

    • Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. Tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

        • Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata.

        • Jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi. Bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. InsyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.


          p/s: Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih dan menilai. INGAT, jangan letakkan syarat atau piawaian yang tinggi untuk bakal zaujah anda. Mohonlah yang terbaik dari ALLAH s.w.t. Hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri anda.







           * lagu Lafaz Sakinah oleh Far East ini ditujukan khas buat Ateh (Abdul Kareem Adnan) dan Kak Ila (Norfadzillah Yusof)...Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. (^_^)

          Tuesday, February 22, 2011

          SAAT LAFAZ SAKINAH - FAR EAST






          Heningnya
          Sunyi suasana
          Lafaz sakinah bermula

          Apa rasa
          Diterjemah hanya
          Sebak abah tangis ibunda

          Adalah aku wali puteriku
          Serah kini amanahku ini padamu
          Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
          Lebih dari yang ku berikan kepadanya

          Chorus
          Dulu esakannya sandar di bahuku
          Tangisannya kini ku serah padamu
          Bukan bermakna dia bukan milikku
          Fitrahnya perlukanmu
          Jadikanlah dia wanita syurga
          Mengerti benar akan maharnya
          Taat itu bukan hanya pada nama
          Indah ia pada maksudnya

          Ku akur
          Akan pesanmu
          Puterimu kini amanahku

          Iringilah
          Dengan doamu
          Bahagia kami dari redhamu



          Monday, February 21, 2011

          ANAK AYAH...

          Beberapa hari yang lepas, mase tengah susun fail kat my lappy..tiba-tiba terjumpa artikel nie..so rase macam nak share.. coz de sikit persamaan kisah dye dengan saya..tapi kalo anda baca dan hayati, mesti akan ade butir-butir jernih yang mengalir keluar dari kelopak mata anda...kalo xde tue, saya xtau la...mungkin hati anda keras kowt...

          "kadangkala Allah hilangkan matahari kemudian dia datangkan pula guruh & kilat, puas kita menunggu dan mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nk hadiahkan kita pelangi"

          Ayah.....

          Terlalu bosan rasanya duduk menghitung hari. Dah lebih setahun ayah pergi, pergi menghadap Ilahi. Rasanya baru semalam kita sandar kat badan ayah. Sejuk syahdu masih terasa lagi. Terasa tenang rasa bila dekat dgn ayah. Ye la, dari dulu kita dah anggap ayahlah "hero" kita. Dalam kita hormat ayah, ayahlah kawan kita dari dulu sampai sekarang. Ayahlah ayah, ayahlah kawan, ayahlah sahabat, ayahlah ustaz, ayahlah hero.  Kadang-kadang tengah-tengah excited nak balik kampong, tiba-tiba baru teringat yang ayah dah takde. Kadang-kadang bila bercerita dengan kawan-kawan tatkala tersebut nama "ayah", kita lupe ayah dah ‘arwah’ sebenarnya. Betapa rumah ini sunyi tanpamu, Betapa sebenarnya ayah banyak mempengaruhi corak kehidupan kami adik beradik. Rasa rindu tu tak pernah luput. Pernah satu ketika baru kehilangan arwah ayah, kita takut nak pulang ke kampung sebab terlalu banyak memori dengan arwah yang sampai mati pun kita takkan lupa.

          Ayah tau tak.....

          Bahagianya saat tu, masa ayah datang kat KL untuk kenduri kawan ayah. Kita tido ramai-ramai kat umah abang. Kita amek ayah n mak kat Pudu. Seminggu sebelum tu kita dah canang kat semua org yg ayah nak datang KL. Kita bagi tau semua org kat opis, bagi tau Pah(besfren kita), bagi tau Lin(besfren opis kita), bagi tau x-bf kita...sampai x-bf kita jeles sbb kita asyik cakap pasal ayah je bile jumpe.

          Walaupun time tu kita tak dapat gaji lagi, gaji pun tak naik lagi, kita pinjam duit opis sbb nak cover duit belanja mak n ayah datang KL. Tapi kita tak kisah sbb kita nak bagi yg terbaik utk ayah. Sebab kita nak ayah mak rasa senang masa dgn kita. Kita bawak ayah makan kat masjid jamek. Kita nak ayah makan je ape ayah nak. Kalau boleh kita nak bagi je semua lauk tu kat ayah. Tapi ayah tetap macam biasa, serba sederhana. Ayah amek lauk biase n air sirap je. Ayah, Ayah… Pastu, kita amek ikan bakar n kita kongsi dgn ayah

          Lepas solat kat masjid india, bawak ayah mak pegi umah acik. Kenapalah kita lupe yg kaki ayah sakit. Tapi kita pilih jugak utk jalan kaki. Ayah tak merungut pun. Ayah ikut je.

          Malam tu lepas abg amek kami kat umah acik, abang ajak makan luar. Ayah tak nak makan sgt. Tapi malam tu mmg kita manja sgt dgn ayah. Kita duduk sebelah ayah. Kita kate kita tak nak makan kalau ayah tak nak makan. Last-last ayah setuju kongsi makan char kuey teow yg kita suke tu dgn kita. Ayah makan separuh, kita makan separuh. Kita gelak je malam tu, suke betul kita. Terima kasih ayah =).

          Kat umah abang, mak dan ayah tido kat depan, kita tido kat dlm bilik. Tapi sblm tu, kita duduk kat sofa, ayah duduk kat bawah dan sandar kat sofa yg kita duduk tu sambil tengok gambo konvo kita yg kita baru cuci. Kita sandar kat badan ayah. Damainye rasa time tu, rasa sayangnye kiter kat ayah. Tak sangka, dan itu juga terakhir kali nya.

          Esoknye, hari terakhir kita dengan ayah. Yg kita ingat masa tu hari Thaipusam 2005. Lepas kenduri, kami turun kat LRT Ampang. Kita suruh ayah n mak guna pas LRT kita dan kita beli tiket ke Pudu. Dalam LRT, kita duduk sebelah ayah. Nampak refleksi kita duduk dgn ayah kat cermin LRT tu. Kita senyum je. Bangga tol kita duduk sebelah ayah. Kat Pudu, kita terus beratur kat kaunter. Ayah nak hulur duit, tapi kita tanak. Kita gune duit kita gak..(walaupun tinggal rm50 je dalam purse). Itulah bakti terakhir kita kat ayah, yg tak seberapa pun.

          Emmmm,,, rupanya ayah dah tau ayah dah nak pergi jauh. Nak tinggal kan anak-anak ayah, nak tinggal kan dunia fana ni. Ayah macam dah sedia. Sebelum tu ayah dah beli karpet baru kat pak anjang, warne oren lembut & coklat. Mak kate ayah beria-ia pilih karpet warna tu kat pak anjang. Ayah dah siap-siap bayar bil api and air. Cuma bil tepon je ayah tak sempat bayar lagi.

          Ayah dah siap-siap jumpe opah sebelum ayah pergi. Ayah urut kaki opah, ayah suruh opah sabar, ayah suruh opah makan ubat. Sayang betul ayah kat opah. Beruntung ayah sbb opah redha pemergian ayah seredha-redhanya. Bertuah ayah sbb syurga seseorang tu di bawah tapak kaki ibu.

          Petang 22 Feb 2005 – entah kenapa hati ni asyik teringat kat ayah je. Kita tepon ayah dr opis, tapi tak de org angkat kat umah. Pastu kita agak, mesti ayah pegi pt13. Bile call sana, opah cakap ayah baru je balik umah. Ye la, time tu dah kol 6.30ptg. Tak dapat cakap dgn ayah. Malam tu, tgk tv pun, asyik teringat ayah. Lepas tu ayah call kita. Gembiranye hanya Allah yg tahu, macam terima call dr pakwe. Masa tu tgh tgk tv kat depan dgn su. Bile ayah call, kita masuk blik. Macam sembang dgn pakwe je, gelak-gelak. Kita bgtau ayah yg kita dah naik gaji. Kita ingat lagi, kita cakap dgn ayah yg kita rindu ayah, ayah gelak je. Kita merajuk bile kita tanye ayah rindu kita tak, pastu ayah gelak-gelak. Macam tak serius. Malam tu jgk, kita bgtau ayah nanti kita nak ajak ayah duduk dgn kita kat KL bile kita beli umah. Ayah gelak-gelak lagi. Macam tak caye je kita cakap. Entahla ayah. Malam tu lepas je kita cakap dgn ayah, kita letak phone tu kat dada & rasa puas dapat cakap dgn ayah malam tu. Rasa sayang yg teramat-amat sangat. Tak sangka, itu yg terakhir.

          Entah kenapa, malam tu, kita terdelete no ic ayah yg kita simpan dalam hp. Sbb dah lewat, kita ingat kita nak call ayah esok je sebab nak mintak balik no ic ayah tu.

          23 Feb 2005 – pepagi lagi dah fikir nak call ayah, tapi sbb fikir time tu ayah mesti tak de kat umah sbb ayah pegi kebun) so kita pospon nak call ayah ptg. Tapi dari pagi lagi, kita dah bising dgn Lin yg kita rindu sgt kat ayah.

          Tak sangka ptg tu….. Berita paling sedih dalam hidup kita.

          Ayah…

          Petang tu, Abg Yen amek kita kat opis. Nasib baik ada Abg Yen. Nasib baik ade membe opis sbb bile dengar berita pasal ayah, kita langsung tak boleh fikir secara rasional. Lemah longlai kita rasanye. Kita boleh solat tapi kita tak solat Asar, Maghrib pun. Kita tak boleh nak tumpu. Masa tu kita cuma fikir pasal ayah je. Cuma perkataan "ayah" je yg bermain di bibir kita. Terasa macam org sasau pulak. Sampai sana, kita tak boleh nak masuk. Kita duduk je dalam keta Abg Yen. Sampai abang tolak kita masuk. Kita tak sanggup nak masuk. Kita tak tau ayah kat mane. Kita dengar org baca Yaasin. Baru kita tau ayah kat ruang tamu. Kita tak pandang langsung ke tempat ayah. Kita nampak mak. Kita nampak mak tenang je. Time tu, terasa betapa lemahnye diri kita.

          Lepas 10 minit, baru kita kuat nak jumpe ayah. Anak Mak Anjang teman kita jumpe ayah. Kita rasa nak peluk je ayah. Tapi kita tetap ingat ustaz penah kata mayat akan rasa sakit bila terkena air mata org yg masih hidup. Kita taknak ayah sakit. Tapi satu benda kita notice, wajah ayah amat tenang. Kita tgk ayah je, kita nak sangat baca Yaasin utk ayah. Tapi kita rasa berdosa sangat sbb kita tak solat, tinggal solat tadi. Tak guna baca Yaasin kalo tak solat. Astaghfirullah!!!! Terus kita masuk bilik, time tu Fauzi call. Dialah besfren kita yg pernah jumpa ayah. Teman yang hanya teman tapi mesra. Kita tau ayah suka dia, tapi nak buat macam mana, dah takde jodoh. Mesti ayah nampak macam mana kita nangis bile cakap dgn Fauzi. Kita dah tak tau nak cakap dgn sape, ayah.

          Terus kiter solat Isyak, qada’ Asar n Maghrib dan kemudian, kita baca Yaasin kat sebelah ayah sampai pagi. Pukul 4 pagi, sedar-sedar kita dah tertido kat sebelah ayah. Ayah perasan tak? Kita terfikir yg kita tak nak tinggalkan ayah sesorang kat sana. Tapi kiter tertido jugak kat dalam bilik. Pukul 6 pagi, kita terbangun. Kita solat Subuh, n kita baca Yaasin lagi. Mereka mandikan ayah lepas Subuh. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan Subuh itu lain benar suasananya. Terasa syahdu dan sayu gitu., dinginnnn....

          Kita masih ingat lagi ayah..

          Sebelum muka ayah ditutup buat selamanya, semua anak-anak mak mengelilingi ayah. Menatap wajah ayah buat kali terakhir. Semua orang kata ayah seolah-olah senyum aje...

          Kita tau, ayah mesti nampak bile sorg-sorg anak ayah cium dahi ayah. Kita tak tau nak buat ape. Laju je airmata ni mengalir. Mak Anjang peluk kita. Dia kata, "Jangan nangis. Kalau sayang ayah jangan buat macam tu. Jangan nangis ya, sayang. Kuatkan semangat."

          Bila Mak Anjang kata gitu, lagi laaaa laju airmata ni. Kita tak mampu nak cium ayah. Kita tak daya. Tapi kita nak cium jugak sbb kita tak nak terkilan nanti sbb tak dapat cium ayah buat kali terakhir.

          Ayah rasa tak? Masa tu kita sentuh dahi ayah. Kita rasa sejukkkk sangat dahi ayah. Kemudian, kita cium dahi ayah, pipi kanan dan pipi kiri ayah. Begitu sedaya upaya kita tahan air mata kita daripada menitik kat wajah ayah. Susah betul keadaan tu.

          Ayah mesti nampak macam mana kita pengsan lepas je jenazah ayah lepas pagar rumah. Itulah kali kedua kita pengsan in public selepas peristiwa kita pengsan kat LRT masa nak pegi keje dulu. Ayah mesti nampak bile mak sapu air mandi jenazah kat muka kita. Terasa macam kita dekat je dengan ayah. Mak kata kita meracau. Mesti ayah nampak semua tu kann? Kann? Kannn?

          Pak cik tanye kita, kita nak ikut pegi kubur tak? Kita angguk. Pakcik kata, kita boleh ikut pegi kubur hantar ayah. DENGAN SYARAT : BEHAVE YOURSELF!!! Kita kene kuat semangat, tak boleh ikut perasaan. Kita angguk je. Janji kita boleh tengok ayah.

          Kita naik kete pakcik. Mak Anjang & Acik sentiase kat sebelah kita. Peluk kita kalau-kalau kita collapse lagi. Kita nampak diorg turunkan ayah ke liang lahad. Ya Allah, lemahnye kaki kita. Kita dah rasa tak boleh nak berdiri sangat. Kita rasa Mak Anjang peluk pinggang kita. Itulah kali terakhir kita tengok ayah. Kali terakhir……

          Balik umah, kita jadi sasau. Pergi mana-mana je teringat ayah. Mana tak nye, tiap inci rumah tu adalah hasil titik peluh ayah. Bilik air, dapur, bilik kita. Asal duduk sesorg je, kita mesti nangis. Hmmm, fragile sungguh kita. Kenangan bersama ayah berputar dalam kepala ini. Jalan di depan terasa makin kelam. Airmata dah tak mampu ditahan tiap masa.

          Ayah....

          Sampai takat ini surat ni kita tulis. Kita nangis ni. Ni kat dlm bilik. Dah pukul 4.00 pagi.
          Tak de orang yang bangun lagi. Kita dengar rakaman perbualan atara kita dan ayah yg bos kita bagi dulu (hadiah paling bermakna seumur hidup kita). Laju je air mata ni mengalir. Macam pesanan ayah selalu, "Walau macam mana pun jaga diri, ayah boleh nasihat je. Ayah tak de dekat situ. Tapi pegang nasihat tu. Beriman. Jangan lupe sembahyang. Doa. OK?" Itulah ayah, setiap kali di hujung bicara mesti ade nasihat yg diberikan. Itulah lelaki terunggul dalam hidup kita.

          Tak pe la. Nanti bila kita selesai sembanyang Subuh, kita baca Yaasin untuk ayah. Ayah tunggu ya...!

          Ayah.....

          Hari-hari kita lalui tanpa kewujudan ayah lagi. Begitu terasa kehilangan ayah. Boleh kata setiap malam selepas Maghrib anak ayah ini berendam airmata. Dan sampai satu tahap, masa tu malam Jumaat selepas Maghrib. Selepas kita baca Yaasin, entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar-gambar ayah. Pastu apa lagi, semakin kita tenung terasa semakin sayu. Tangisan tak dapat dibendung. Ayah tauu. Kita cuba bertahan. Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda.

          Kita rasa nak telefon ayah. Nak cakap dengan ayah, nak antar sms kat ayah. Kita letak nama kat no tepon umah tu atas nama >AYAH<. Tiap kali kita rindu ayah je, kita miss call >AYAH<. Walau takde feedback dr >AYAH<, at least kita puas ati.

          Anak ayah yang ni dah tak betul kan..????

          Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon Pah. Kita cakap dengan Pah pasal ayah je. Kita nangis lagi. Puas la Pah memujuk kita. Pah kata, "Tak baik laa nangis aje. Mu doa lah untuk ayah. Nanti kalau gini aje ayah yang susah kat sana." Agaknya ayah nampak adegan tu. Sebab malam Jumaat kata orang roh balik rumah. Mengharap sedekah dari anak-anaknya.

          Ayah…

          Kalau ayah nak tau, kita sanggup balik kampung sebab ayah. Tak de sebab lain,  hanya sebab ayah. Sbb kita nak bagi yang terbaik utk mak macam mana yg ayah akan bagi jika ayah masih hidup lagi. Sbb kita rasa, ini yg ayah nak.

          Ayah tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati. Rasa ngilu sangat. Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni. Kalau dulu, bosan-bosan je kita akan sembang dgn ayah, berdua je. Ayahlah besfren kita masa kita duduk je kat umah dulu.. Masa mak tak nak cakap dgn ayah, ayah mesti cakap dgn kita. Ade ke patut ayah tanye kita, "mak tu marah ayah ke?". Hehehe, manalah kita tau. Kot-kot ayah buat mak marah kot. Tapi ayah mmg best. Ayah pandai pujuk mak. Kalaulah kita dapat suami macam ayah, Amiin….

          Hmm…rindu untuk solat jemaah dengan ayah. Hari tu kita solat jemaah kat masjid pekan semata-mata kita rindu nak solat berjemaah. Doa imam masjid tu sama macam doa ayah dulu. Cuma bezanye dulu, kita akan cium tangan ayah lepas solat. Tapi sekarang….

          Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma. Hanya sedekah Al-Fatihah kita berikan.

          Ayah....

          Cukup la sampai sini dulu. Mula-mula kita tak tau nak hantar mana surat ni. Pastu kawan kita bagi tau, simpan je buat kenangan. Tak pe yer ayah? Kita kasi orang lain baca.

          Kita stop dulu. Akhir kata untuk ayah, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita. Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah, sampai masuk universiti. Hmmm, tak pernah terfikir yang wali kita nanti bukan ayah.

          Sampai akhir hayat ini jasa ayah tak akan mampu kita balas. Kita bangga jadi anak ayah. Siapa saja yang mengenali ayah pasti menyayanginya. Bibir ayah tak pernah lekang dengan senyuman, sejuk memandang wajahnya. Namun, tiada siapa boleh menghalang ajal. Allah juga sayangkannya. Semoga ayah tenang di sana. Al-fatihah!~

          p/s - Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini. Kuatkanlah semangatku. Teguhkanlah hatiku pada jalanMu. Aku memohon padaMu Ya Allah, tunjukkanlah jalan penyelesaian padaku. Dan tetapkanlah hatiku pada agamaMu dan ketaatan padaMu. Sesungguhnya aku dah tak berdaya.

          Sekian terima kasih.

          Yang Benar

          Anak ayah yang rindukan ayah.

          The man that REALLY MISS n I LOVE MOST!!! He alwayz in my mind.

          Our last photo with him...
            
          * actually de perkara yg sy tak setuju berkenaan dgn surat hamba Allah nie. Even sekuat mana sekali pun ujian yg diberikan Allah kepada kita, perkara yg wajib hendaklah kita laksanakan. Jangan bagikan alasan bahawa ujian yg ditimpakan itu menyebabkan kita tinggalkan ape yg wajib.

          Saturday, February 19, 2011

          WAKTU-WAKTU MUSTAJAB DOA...

          Dah lama sangat tak update blog. Almaklumlah, orang busy la katakan. Mana taknya, dah nk tahun akhir. So macam-macam projek nak kena buat. Tido pun kadang-kadang tak cukup. Tapi dapat 2 jam satu hari pun dah Alhamdulillah, daripada tak tido langsung. Actually entry kali nie bukan nak cite pasal diri sendiri. Tapi nak share pasal:


          WAKTU-WAKTU MUSTAJAB DOA
          1. Ketika hujan.
          2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
          3. Ketika menghadapi musibah dalam peperangan.
          4. Waktu antara azan dan iqamat.
          5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
          6. Ketika sujud dalam solat.
          7. Ketika khatam Al-Quran (30 Juzuk).
          8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
          9. Sepanjang hari Jumaat.
          10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.


          Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 

          "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan,"
          (Hadis Mursal; diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar)

          "Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat."
          (Riwayat al-Tirmizi)

          < Sumber dari Majalah Solusi: Isu No.28 >

                   So, lepas nie kalo nak berdoa kita dah tau la WAKTU-WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA. Boleh pilih nak berdoa bila. Tapi tak la cakap suma doa tue confirm akan dapat. Semuanya bergantung kepada yang Maha Pemurah, Maha Pengasih serta Maha Mengetahui sama ada nak makbulkan permintaan anda suma atau tidak. Yang penting selalulah bersangka baik jika ape yang anda mohon dan hajatkan tak dapat. Mungkin apa yang anda minta tak sesuai untuk anda, mungkin juga Allah tangguhkan dulu apa yang anda minta atau DIA menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan berharga. Jadi jangan cepat give-up kalau ape yang anda hajatkan tak dapat. Usaha, teruskan berdoa dan tawakal. (^_^)

          * thanx kepada sahabat yang pinjamkan majalah nie =)