Wednesday, April 11, 2012





Si A : " Tolong JANGAN PUTUS dengan saya, saya TIDAK BOLEH HIDUP tanpa awak.."

Si B : " Habis selama ni awak HIDUP SIHAT sebelum kenal saya tu apa namanya haa? "


P/S : Tidak perlu MATI gara-gara cinta manusia kerana di sana ada CINTA ALLAH yang lebih MENGHIDUPKAN dan MEMBAHAGIAKAN. . . 


:: HILANG CINTA Allah LEBIH MENYAKITKAN berbanding hilang CINTA MANUSIA ::

♥Astaghfirullahal'azim♥





Wednesday, March 14, 2012

...Erti Persahabatan...



Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.

WAKTU ITU, TERFIKIRKAH KITA TENTANG PERASAANNYA??? SEPERTI KITA, DIA JUGA TAHU RASA KECEWA....TETAPI KITA SERING TERLUPA.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin  diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......

Salam Persahabatan.... Moga kita sama- sama mendapat keredhaan Allah.


Tuesday, March 6, 2012

~ANDAI SEORANG PEREMPUAN ITU DATANG~




Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu…
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu…
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu…
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya…
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu…
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?


MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

“Kau adalah kawan karibku.”
“Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.”
“Kau dah seperti abang kandungku.”
“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.”
“Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.”
“Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.”
“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”.
“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.”


TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

TIDAK!!!



Andai seorang perempuan itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…
BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang…
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang…

Andai seorang perempuan itu datang…
JANGAN BIARKAN CINTA FITRAH MENJADI FITNAH


Monday, February 20, 2012

Ya ALLAH....



Ya Allah...
Hanya padaMU ku pinta,
Pilihan ini dengan ilmu Mu,
Kepastian ini dengan qudrah Mu,
Dari keutamaan Mu yang agung...


Ya Allah...
Hanya Kau yang maha mengetahui,
Apa yang sedang ku alami,
Hanya Kau yang maha mengerti,
Apa yang tersirat di hati...


Ya Allah...
Jika benar pilihan ku ini,
Baik untuk agama ku dan penghidupan ku,
Maka pastikanlah ia kepada ku;
Dan...
Permudahkanlah ia bagi ku,
Lantas Kau berkati dan redhailah pilihan ku...


Ya Allah...
Jika pilihan ku ini,
Jelek bagi agama ku dan penghidupan ku,
Maka palingkanlah ia daripada ku;
Dan...
Jauhkanlah ia dari sisi ku,
Lantas Kau gantikanlah yang lebih baik,
Dari pilihan ku ini...
Dan Kau redhailah diri ku,
Insan yang dhaif di muka bumi Mu ini...



Thursday, February 9, 2012

..................



Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu…
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah…
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu…
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu…
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu…
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh…
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu...
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu…
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu…
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu…
Ketika aku menjaga rahsiamu…
Ketika aku bersabar adalah kerana Allah…
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan…



Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Bersabar dan terus menyayangimu adalah kerana Allah...

Dan segala-segalanya aku serahkan kepada Allah...
Kerana aku mencintaimu kerana Allah….



Wednesday, January 18, 2012

CONFIRM FLIGHT KE ALAM BARZAKH...

Peringatan buat diriku yang lupa,,,


Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh,
One way flight yang tiada jalan pulang nya,
Bila pergi ..ia akan selamanya,


Confirm flight yang tak perlukan waiting list,
Tak perlu booking dari awal,
Tak ada boarding past yang perlu diambil,
Tak ada last call untuk boarding,
Tak ada bagasi yang perlu discan,
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari,
Tak ada economy class atau VIP,
Tak ada senyum good morning sir dari paramugari,
Tak ada juice dalam perjalanan,
Tak ada demo keselamatan,
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan,
Tak terlihat awan yang penuh keindahan,
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang.

 

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail,
Yang akan datang memanggil,
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan,
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan,
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan,
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan,
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan,
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran,
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran,
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan,
Hanya amalan akan discan,
Dengan penuh detail dan ketelitian,
Walau sebesar zarah akan dihitung,
Segala perbuatan kita akan ditanggung,
Amalan soleh atau toleh,
Begitulah adilnya Tuhan,
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan,
Untuk rujukan di liang perkuburan,
Jika mulia jadilah taman syurga,
Kalau hina…
Jadilah lubang neraka.

  
Kita confirm akan ke sana,
Tak ada yang terlepas dari persoalannya,
Awas..dan beringatlah,
Confirm flight ini akan tiba jua,
Bukankah rasul telah bersabda,
Cukuplah mati sebagai peringatan,
Tiada tiket yang menunjukkan masa,
Tiada transit di mana-mana,
Tanpa mengetahui bilakah masanya,
Semuanya hanya ada,
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa,
Maha Mentadbir dan Mengetahui segala-galanya...